Monday, November 30, 2009

Aidil Adha Yang Sepi

Diari Hari Raya Haji

Khamis
Lepas Maghrib bertolak balik ke Jengka dengan Latip.
Anak sedara aku sorg tu xdapat tiket nak balik ke Sg Siput.
Tiba di Jengka kira2 jam 1AM due to traffic jammed di Karak Hiway.
Start dari MRR2 sampai ke simpang Bentong jem teruk.

Jumaat
Pagi solat sunat Aidil Adha di Masjid UJ.
Then solat Jumaat, petang lepak rumah ajer.

Sabtu
Pergi Jengka 16, rumah anak sedara arwah mak.
Then terus ke Kota Gelangi 2, mencari sedara, anak saudara ayah.
Cari punya cari, tanya punya tanya sampai aku dah naik give-up, at last ALLAH mentaqdirkan jumpa jugak dengan abang Yaakub.
Dah letih, penat pusing tiap2 blok dan jalan di Kota Gelanggi 2 tu

Nama betul dia Mior Yaakub bin Kulop Ahmad, yang kitorang dok cari Yaakub, mana nak jumpa.
Jumpa la rumah Yaakub Aji.
Rupanya nama dia masa kat kampung dulu2 lain.
Nama real dia lain.
Dah tiba rumah dia, makan nasi, gulai ikan lampam jawa gulai tempoyak.
Pergh...3 pinggan tambah + meratah lauk masak tempoyak.
Anak dara dia cun wooo...

Sembang punya sembang, anak dia Mior Riduan keje di Ambank Damansara Damai.
Haha, lepas nk boleh la berbaik2 dengan Mior, nak ejas kakak dia...wakaka
Sebelum balik Latip masuk line dulu...dah tukar2 no telefon dgn Duan...cis....potong line pak sedara nampak!!!


Ahad - Pagi
Keluar ke Bandar Pusat Jengka, beli barang2 dapur sebab Jumaat-Sabtu aritu sebuah kedai pun tak bukak kat sana.
Sume cuti raya sakan, even Bank Islam Jengka pun shutdown mesih ATM dia...Dahsyat!!!


Air Terjun Lubuk Yu

Kol 11tghari, aku ke Lubuk Yu.
Ramai gak orang, tengok ni gambar2 pemandangan di sana...



Signboard


Peta ke Lubuk Yu



Pemandangan di Lubuk Yu


Lubuk Yu from eyes of an ants



Air yang jernih...best woo mandi...

Lepas mandi manda, aku dari batu2 cegar sungai, nak buat batu Nesan utk arwah ayah dengan mak.
Kata org, batu sungai ni idup, so benda2 idup ni akan berzikir utk org dalam kubur sana.
Mcm tu gak pokok2 bunga yang ditanam atas kuburan.
No wonder la org suka tanam pokok puding ke, kemboja ke...ada manfaat rupanya.


Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, segala amalan terputus kecuali tiga perkara, iaitu doa anak soleh, amal jariah dan ilmu dimanfaatkan.
Bagaimanapun, dalam satu hadis lain ada menceritakan mengenai Rasulullah SAW melalui satu kawasan perkuburan.
Rasulullah memberitahu sahabat bahawa ada dua ahli kubur yang diseksa kerana mengumpat dan kerana tidak membersihkan najis. Baginda kemudian meminta dipatahkan daun pelepah tamar dan berkata: “Semoga azab kubur mereka diringankan selama mana daun itu basah.” Daripada hadis ini, jelas bahawa ahli kubur akan diringankan azab dengan adanya tasbih dari daun pokok, tetapi tidak pula dinyatakan perihal batu.

Tapi ada satu lagi hadis tentang batu nisan:-

أن يعلمه بحجر أو نحوه ليدفن إليه من يموت من أهله ، لحديث المطلب ابن أبي وادعة رضي الله عنه قال : " لما مات عثمان بن مظعون أخرج بجنازته فدفن ، أمر النبي صلى الله عليه وسلم رجلا أن يأتيه بحجر فلم يستطع حمله ، فقام إليها رسول الله صلى الله عليه وسلم وحسر عن ذراعية ، قال المطلب: قال الذي يخبرني عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: كأني أنظر إلى بياض ذراعي رسول الله صلى الله عليه وسلم حين حسر عنهما ، ثم حملها فوضعها عند رأسه ، وقال : أتعلم بها قبر أخي ،وأدفن إليه من مات من أهلي ".أخرجه أبو داود (2/69)وعنه البيهقي (3/412) بسند حسن كما قال الحافظ (5/229) ، والمطلب صحابي معروف أسلم يوم الفتح . وله شاهدان ذكرتهما في " التعليقات الجياد "

Dari al-Muthalib bin Abi Wadi’ah RA, dia berkata: Rasulullah SAW memerintahkan seseorang untuk membawakan kepadanya batu tetapi lelaki itu tidak mampu mengangkatnya. Maka Rasulullah SAW pun pergi ke tempat batu tersebut lalu beliau pun menyingsing lengannya (untuk mengangkat batu itu).

Berkata al-Mutholib: Orang yang mengkhabarkan kepada aku daripada Rasulullah SAW berkata:” Aku benar-benar melihat putih bersihnya kedua lengan Rasulullah SAW ketika baginda SAW menyinsing keduanya, kemudia baginda SAW mengangkat batu tersebut dan meletakkanya dibahagian kepala (kubur tersebut),

Lalu baginda SAW bersabda: Adakah engkau ketahui bahawa di sini kubur saudaraku, dan aku akan menguburkan di sini sesiapa daripada ahli keluarga ku yang mati.
(Dikeluarkan Abu Daud, al-Baihaqi dengan sanad yang hassan sebagaimana kata al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqaani)


Ahad - Malam
Bertolak balik dari Jengka lepas Asar.
Jln pun jammed gak.
Solat Jamak di Tol Bentong ajer.

Tiba UK Perdana, waktu Maghrib.
Lepas Isyak, bukak Radio Ikim...



Rindu Pada Yang Telah Pergi

Lepas dengar takbir kat radio tu,
Hati aku tiba2 jadi sayu...

Kenangan bersama ayah bonda berlegar2 dalam kotak fikiran.
Apa lagi, air mata dah tak dapat nak ditahan-tahan.
Panas ku rasa mengalir laju membasahi pipi dan baju


ALLAH hu Akbar
Raya Haji ni aku tak dapat ziarah kubur ayah bonda.
Sebab beraya di Jengka, lagipun xde apa di kampung tu dah selepas insiden pada hari raya ke-3 aritu...(?)



Mungkin ayah bonda mengharap doa dari aku.
Sedu sedan aku sorang2 atas sejadah tu bila memikirkan hal itu.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya"







Teringat kata2 Pak Ary dalam training ESQ:-

Apakah yang kau rindukan?
Susuk tubuh orang tua atau kasih sayangnya?

Apakah yang kau rindukan?
Selendang dan bajunya atau kasih sayangnya?

Sekarang sila jawap...
Siapa
yang meniupkan rasa kasih dan sayang itu kepada ibumu?

Bukankah DIA, ALLAH Ar Rahman, Ar Rahim?
DIA Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Jadi...
Siapa yang kau rindukan sesungguhnya!?

Ibumu atau ALLAH?

Siapa yang meniupkan rasa kasih dan sayang itu kepada ibumu?
Bukankah DIA, ALLAH Ar Rahman, Ar Rahim?

Siapa yang kau rindukan sesungguhnya?!
Sudah pasti ALLAH bukan?
Kau rindu pada sifat kasih dan sayang ibumu!
Kau rindu pada kelembutan ibu!
Tahukah engkau siapa dia Yang Maha Lembut itu
Dialah ALLAH Al Latif


Tapi kenapa selama ini kau jauh dari ALLAH?

Kenapa kau jauh dari Ar Rahman dan Ar Rahim itu?

Kenapa kau jauh dari Al Latif itu?!
Mohon ampun pada ALLAH.


Selama ini...
Kau jauh dari ALLAH
Selama ini...
Kau lupakan ALLAH dalam hidupmu



Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.
(Surah Maryam : Ayat 19)


Allah hu Akbar
Bergoncang dadaku...
Gemuruh jiwa dan raga bila ku saksikan kebenaran kata2 diatas itu.
Terus aku bersujud atas sejadah, mohon ampun dan berdoa utk kesejahteraan ayah dan ibuku...

Teringat pada Bro Alias MSC yang ada diMekah
Terus aku sms dia, kirim doa di Multazam dan Tanah Suci Mekah agar aku diberi ketabahan dan kesabaran sebagaimana Rasul SAW tabah tanpa ayah dan ibu sewaktu kecil dan sebahagian besar hidupnya.
Rasul juga tak punya adik beradik lelaki lain.
So why must I give a damn pada abang-abang aku yang banyak menyakitkan dan melukakan hati ku,
Bahkan mereka melukakan hati ayah ibu tanpa segan silu semasa mereka hidup.



Cukuplah ALLAH Bagiku
Acapkali dalam hidupku
Ujian datang dan pergi tanpa henti.
Kadang2 seolah2 tak berdaya lagi untuk ku harungi hidup ini.
Sejak kedua orang tua takde...
Macam2 perkara berlaku...

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak akan diuji?“
(Surah Al-Ankabut :Ayat 2)


“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah akan atang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”
(Surah Al-Baqarah :Ayat 214)


Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nya lah bertawakal orang-orang yang berserah diri."
(Surah Az-Zumar: Ayat 38)

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang –orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”
(Surah Al-Imran: Ayat 142)


Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat"
(Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Surah al-Baqarah:Ayat 186)



Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah az-Zumar :Ayat 53)



4 comments:

izlia iman said...

salam buat teman,
sgt tenang membaca coretan awak di sini..terutama entry rindu pd yg telah pergi..sm spt yg sy rasakan tiap kali membaca al-quran...rindu pd yg tsyg datang mggamit saban masa...

kita telah diberi ketabahan dan kekuatan dari Allah tnpa kita sedari bukan?

moga awak terus berada didalam rahmatNya dan bjaya dlm kehidupan dunia dan akhirat....

take care..

p:s- slalu mbaca entry awak...buat muhasabah diri sy...

-izlia iman-

Kembara Hati Sang Jejaka said...

salam Izlia...

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya...

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

握壽司Stanley said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails