Thursday, June 26, 2008

Hadis 165? Biar Betul ni....betul la tu-Ehsan-Iman-Islam



Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:


Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu bahawa engkau naik saksi akan :-
1) tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
2) mendirikan sembahyang,
3) mengeluarkan zakat,
4) berpuasa di bulan Ramadhan,
5) menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau!!!


Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya:

Terangkan kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa :-

1) engkau percaya kepada Allah,
2) para MalaikatNya,
3) kitab-kitabNya,
4) para RasulNya,
5) hari Qiamat dan bahawa
6) engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.


Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda:

Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.
Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.


Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.


Lelaki itu berkata:
Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.


Kemudian Baginda bertanya:
Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata:
Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim



**Komen saya**

Inilah dia 165 yang alumni2 ESQ selalu kagum dengannya!!!
Sebut2 165, tapi tak tahu apa ke bendanya 165..165 nih...
skrg dah tahu...hafal hadis no 2 dalam kumpulan hadis 40 nih..

Kata nak masuk syurga kan? Hafal lah...ajarkan pada anak/isteri/suami/sanak saudara kalian...
Zaman Nabi dah ada ESQ!!! Jgn tak percaya.....PERCAYALAH!!!!





Tanda-tanda Kiamat



Semalam sementara duduk ramai2 menunggu usrah, Buletin Utama TV3 Suku melaporkan bahawa UAE sedang dalam usaha untuk membina world first revolving towers/building yang dinamakan Dynamic Tower .

Every single floor pada bangunan ini boleh berputar syehhhhh...

Biasa naik revolving restaurant yg di City Bayview Hotel, Penang dan Seri Angkasa, KL Tower ajer boleh berputar, but this one, whole building syehh...

"Maha Suci ALLAH yang mengilhamkan sukma pada manusia dengan binaan-binaan yg canggih.

FirmanNYA:-

"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntunglah bagi yang mensucikannya, merugilah bagi yang mengotorinya" (QS As-Syams)



Inilah dianya keadaan yang Nabi sebut dalam hadis tu "pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Negara-negara Arab dulu ni syeh, mostly sumenya orang2 Badawi yang menternak kambing/biri-biri/unta. Skrg kalu dah ternak unta dah, tak gembala kambing dah, dah jadi tokey minyak...


Dunia sudah nak kiamat, tanda2 dah makin jelas....
marilah kita memohon ampun padaNYA ...

Monday, June 23, 2008

Ayat Ayat Cinta




Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.

Fedi Nuril as Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt's esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.

Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.

For Fahri is innocent and pure, and doesn't believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.

Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.


Carissa Putri as Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).

Melanie Putria as Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

Zaskia Adya Mecca as Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.


Rianti Cartwright as Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.

As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.


***Komen Saya***

Menonton filem ini mengingatkan saya pada kawan-kawan sekampung dan kawan2 yg pernah bersekolah bersama saya yg menuntut di Mesir atau negara Timur Tengah.


Duduk bersesak2 dalam flat yg agak sempit semata2 untuk menuntut Ilmu Tauhid utk kemashalatan masyarakat. Saya juga semasa berumur 12 tahun bercita2 nak belajar ke sekolah agama yg agak terkenal di Perak iaitu "Sekolah Menengah Izzudin". Tapi oleh kerana arwah bapa bekerja dengan kerajaan, so terpaksalah ikut ayahnda berpindah.

Semasa di Tingkatan 2, sekali lagi saya mengusulkan kepada Bonda, yang saya ingin menyambung pelajaran ke Maahad Tarbiah Al-Islamiyah di Trong, Taiping, tapi cita-cita tersebut tidak kesampaian.

Manusia hanya merancang, ALLAH jua sebaik2 perancang di maya pada ini.

Okeh...flashback plak zaman sekolah2 dulu

Balik pada filem AAC ini.
Menonton filem ini, hati saya mengatakan inilah filem2 yg saya ingin lihat dimasa-masa akan datang.

Babak paling menyentuh spiritual saya, adalah babak dimana Fahri dipenjarakan.


Cellmate nya memberikan spiritual motivation dengan mengingatkan Fahri kepada Kisah Nabi Yusuf yg jua pernah difitnah oleh Zulaikha yg jatuh cinta pada Yusuf.


Doa Nabi Yusuf:-


"Ya ALLAH, jika kau menghantar aku ke penjara untuk menjauhkan aku dari Zulaikha, tetapi mendekatkan aku kepadaMU, aku redha!!!


Sesungguhnya benarlah firman ALLAH ini:-

Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (QS 22:78)


Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dan tidak pula seorang penolong. (QS 42:8)


Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong. (QS 2:107)



Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang lalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki. (QS 14:27)


Seandainya saya yg berada di tempat Fahri didalam penjara tersebut, mungkin saya jua akan berputus asa kerana usaha usaha untuk menyelamatkan saya menghadapi jalan buntu



Firmannya :-

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. (QS 11:9)


Overall, my conclusion:-


Fahri - pemuda Islam yg mempunyai fikrah Islamiah yg mantop. Mampu menzahirkan apa yg Islam ajarkan melalui perbuatan dan kata-kata. Kata-kata yang paling best sekali dari Fahri ialah :- JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT - sweet syeh.... utk org bujang mcm aku yg dok mencari cinta nih.....:P

Aisha - Dah le cun, beriman plak tuh...bahagia kalau dapat zaujah camnih...Walaupun si isteri lebih berharta dari suami, namun masih mampu meletakkan ketaatan seorang isteri pada sang suami

Maria - Gadis Kristian Koptik yg memahami bahawa memiliki dan mencintai adalah sesuatu yg jauh berbeda akhirnya!!!

Noura - Mangsa keadaan (maybe!!!). Menutup kebenaran dan sura hati kerana tidak yakin pada Yg Maha Esa

Friday, June 20, 2008

WASIATKU UNTUKMU ANAK.


WASIATKU UNTUKMU ANAK.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Semoga dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan di alam ini.

Anakku!
Carilah beberapa wadah yang membina modal insan.
Pelihara dan sayangi apa yang kamu ada.
Imbangi yang hak kepada yang berhak dan ketahuilah tiada cuti bagi seorang pejuang.

Anakku!
Ada mereka yang tiada negara ada mereka yang menumpang di negeri sendiri maka pertahan tanah airmu sendiri.
Anak ku jangan yang diburu tak dapat yang dikendung berciciran.
Jauhi fitnah kerana ianya akan merosakan kamu.
Carilah rakan dan teman yang boleh dijadikan cermin diri.
Jika kau memilih tukang besi sebagai kawan maka kau akan selalu merasakan kepanasan dapurnya bila dia kau dekati.
Tetapi jika kau memilih bersahabat dengan si penjual minyak wangi, kau akan sentiasa menghidu wanginya walaupun kau tidak memakai minyak wangi itu.

Anakku!
Bersilaturrahimlah, imbangi yang hak kepada yang berhak.
Dirimu ada haknya, keluargamu ada haknya.
Ayah dan ibu pun ada haknya.
Jiran, masyarakat, negara dan agama ada haknya.
Tunaikan ia sebaik mungkin.
Ingat anakku jangan kau leka dan asik lena daripada menunaikan hak-hak ini.
Kau mungkin masih muda dan mahu bersiar-siar dan berseronok.
Jawab ayah boleh tetapi ada hadnya anakku.
Habiskan masa masamu dengan memberi sedikit ruang untuk dirimu bermunajat kepada Allah.
Jangan dihabisi dengan sembang-sembang kosong di tepi-tepi jalan.
Rehatlah dengan cukup dan tidurlah bilamana semua orang tidur kerana tenagamu amat tinggi harganya untuk diguna pakai pada kesesokan hari.

Anakku!
Jaga auratmu kerana ayah tidak berupaya berada di sisimu setiap masa dan setiap tempat. Jagalah maruah ayah dan ibu yang kamu adalah anak yang baik.
Tidak memeningkan kepala ayah ibu. Tidak menyusahkan ayah ibu dan sentiasa menghormati kami berdua.
Rumah kita dan kereta yang ayah beli mungkin menjadi milikmu satu hari nanti kerana ayah tidak akan mampu membawanya ke dalam kubur ayah kelak.
Kemungkinan wang simpanan KWSP ayah pun tidak tahu samaada ayah sempat menggunakannya untuk pergi ke Tanah Suci atau membayar kembali pinjaman peribadi ayah kepada bank.

Anakku selalulah berdoa.
Berdoalah agar Allah SWT sentiasa melindungi mu.
Pintalah semoga dikekalkan hati mu sentiasa di jalan yang benar.
Pintalah semoga diterangkan hati mu dengan cahaya rabbani yang tidak kunjung malap. Pintalah agar dilapangkan hati mu dengan nur iman, keyakinan dan keteguhan tawakkal. Pintalah dalam doamu itu kehidupan seorang pejuang dan kematian mu sebagai para syuhada dalam memperjuangkan agama Mu.

Anakku!
Dengarlah betul-betul dan fikir-fikirkan.
Ini adalah kerana ayah mu tidak akan sentiasa di sisi mu nanti.

Nukilan : A MOSAINI PG

Friday, June 6, 2008

Suara Hati - Part 2





Cerita tentang suara hati atau inner voice...


Masih ingat pada soalan-soalan dalam Cerita tentang suara hati

Hari ni mari kita kongsi jawapannya. Walaupun setiap dari kita yg menjawab soalan itu akan punya jawapan berbeza, namun hakikatnya, jawapannya sebetulnya patut sama sahaja. Kenapa?

tempohari.1. Anda sedang makan disebuah warung ditepi jalan, tiba-tiba ada budak datang meminta sedekah. Bukan setakat datang minta sedekah, tapi dia berdiri saja melihat anda makan. Apa anda rasa?
Jawapan:
Suara hati kita akan berikan kita rasa bahawa kita ingin "memberi" & perlu berkongsi makanan kita dengan budak itu.

2. Bayangkan anda sedang berjalan2 disebuah taman. Sambil berjalan, anda melihat sebuah keluarga sedang bermain dengan seronoknya disebuah tempat permainan. Si ayah, si ibu dan anak2 mereka kelihatan begitu bahagia dan gembira sekali. Apa perasaan anda?
Jawapan:
Suara hati sifat atau perasaan "kasih dan sayang" kita akan menyentuh kita apabila kita menyaksikan kebahagiaan dan kegembiraan serta kehadiran rasa sayang dalam keluarga itu.
3. Seorang rakan sekerja terpilih mengikuti rombongan syarikat ke luar negara sebagai penghargaan syarikat atas jasanya. Anda tidak terpilih. Apa anda rasa?
Jawapan:
Suara hati kita akan kata, "aku juga ingin maju & menyumbang yg terbaik utk syarikat. Aku pun mahu mengikuti rombongan sebegitu".

4. Anda memasuki bilik boss anda, dan bilik itu sememangnya bersih dan teratur. Tiba-tiba anda nampak sehelai kertas diatas lantai. Apa yang hati anda kata?
Jawapan:
Suara hati kita akan menyuruh kita mengutip kertas itu, kerana kita rasa "kebersihan" itu adalah penting.

5. Sewaktu anda sedang menunggu bas, anda ternampak seorang lelaki meragut beg seorang wanita yang berdiri berhampiran anda. Apa yang anda rasa?
Jawapan:
Suara hati akan menyuruh kita "menolong" wanita malang itu.

6. Sewaktu berjalan-jalan di Chow Kit, anda terserempak dengan beberapa orang mak nyah, apa perasaan anda?
Jawapan:
Suara hati kita akan rasa simpati pada mereka, dan hati akan terdetik, "aku mesti membantu mereka."

Apa jawapan anda? Sama atau tidak dengan jawapan yang saya beri tadi? Kalau sama, Alhamdulillah. Jika tidak sama, tidak mengapa. Yang sebaiknya, jawapan kita adalah seperti apa yang saya tulis, kerana suara hati manusia sepatutnya sama sahaja, sebab Allah jadikan suara hati kita semua sama pada awalnya.

Apa buktinya suara hati manusia adalah sama?
Mari kita selak kejap surat cinta Allah dalam Al-Quran
:-

Dan [ingatlah], ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka [seraya berfirman]: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul [Engkau Tuhan kami], kami menjadi saksi". [Kami lakukan yang demikian itu] agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami [bani Adam] adalah orang-orang yang lengah terhadap ini [keesaan Tuhan]"
(QS Al A'raf : 172)





Masih tak yakin? Ok...selanjutnya

Tengok ayat ini...

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang
(QS Al Rad : 15)


Ini lah dia suara hati yang senantiasa yakin akan kebenaran Asma' al Husna.

Tetapi jika benar Allah jadikan suara hati manusia itu sama pada mulanya, kenapa jawapan kita masih tetap berbeza?

Jawapan2 kita tidak sama kerana beberapa perkara ini:

1. Prejudis
2. Prinsip hidup yang tidak benar

3. Pengalaman lepas

4. Berkepentingan peribadi

5. Pandangan yang terhad

6. Membeza-bezakan

7. Penulisan yang salah


Perkara-perkara diataslah yang menjadikan jawapan kita berbeza-beza. Sebab itu jugalah apabila ditanya pendapat kita berkaitan sesuatu, kita akan beri pandangan yg berlainan. Ada orang sampai pada tahap bertelagah kerana merasakan pendapat orang lain salah, padahal pendapat mereka pun belum tentu betul lagi.

Jadi, bagaimana untuk menilai dan mendapatkan jawapan sebetulnya. Satu cara, adalah untuk membebaskan diri kita dari 7 perkara diatas. Sebab kalau kita bebas dari 7 halangan itu, insyaAllah kita akan mampu mendengar bisikan suara hati kita yang senantiasa mendendangkan 99 Asma'al Husna itu
.


Do not fear the spiritual journey, wherever it takes you, for ALLAH is with you.

Wednesday, June 4, 2008

Cosmic Awareness - Outter Journey to Universe

ADAKAH KITA BERSENDIRIAN DI ALAM SEMESTA?


(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". (QS Yusuf: 4)






















Pakar-pakar Astronomi di Garcing, Jerman, mengumumkan kejayaan mereka menemui sebuah planet yang mirip seperti bumi di luar sistem suria kita.Planet tersebut mengorbit sebuah bintang yang diberi nama Gliese 581.

Suhu planet ini diperkirakan sesuai dan dipercayai dapat menampung kehidupan iaitu 0 hingga 40 darjah celcius.

Menurut pakar-pakar ini lagi, dengan suhu sedemikian, kemungkinan planet tersebut mempunyai sumber air di permukaannya. Dan sudah pastinya air itu dalam bentuk cecair. Mereka menyatakan lagi bahawa takat beku dan takat didih air di planet tersebut adalah menyamai air di bumi.

Berdasarkan jarak pantauan Telskop ESO 3, 6m di Chilie, jarak planet tersebut adalah lebih kurang 20.5 tahun cahaya dari sistem suria kita.

Ukuran Planet yang belum diberi nama ini sebesar 1.5 kali ganda bumi dan dipercayai permukaannya terdiri dari batu-batan yang serupa Bumi.

Untuk mengetahui ada tanda-tanda kehidupan atau tidak di planet itu,pakar-pakar astronomi kini telah menempatkan teleskop khusus untuk memantaunya.

Yang uniknya planet baru ini adalah masa orbitnya mengelilingi bintang
Gliese 581, iaitu hanya memerlukan waktu 13 hari, ertinya satu tahun di planet itu sama dengan 13 hari di Bumi!!! Cepatnya...!!

Manakala, Gliese 581 yang diidentifikasi oleh European Southern Observatory di La Silla, di padang pasir Atacama, mempunyai ukuran yang lebih kecil dari Matahari,lebih dingin, malap, dan tidak memiliki cahaya sehebat matahari.

Kajian menunjukan ada 3 planet yang berputar mengelilingi
Gliese 581 ini. Yang pertama ialah planet yang mirip bumi tadi, yang kedua planet yang besarnya lebih kurang 15 kali ganda bumi, dan yang ketiga dan paling jauh dari Gliese 581 bersaiz 8 kali ganda lebih besar bumi dan berjarak paling jauh dari Gliese 581.

Daripada penemuan ini,para saintis angkasa berseloroh dan mengharapkan planet baru itu mempunyai ciri-ciri yang sama seperti bumi dan menjadikan ia tempat tinggal baru generasi akan datang sekiranya bumi yang ada tidak mampu lagi menampung populasi manusia yang semakin bertambah dengan pesat ini.

Namun persoalannya adalah, mampukah kita pergi kesana? memandangkan jaraknya yang amat jauh (20.5 tahun cahaya dari sistem suria kita)?


ARTIKEL INI TELAH DITERBITKAN DI LAMAN WEB TRANUNGKITE.NET www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10732

Rindu Pada Mu Ya Rasul (SAW)





Malam tadi menonton Jejak Rasul di TV9.
Dipaparkan kisah para sahabat yang menyertai perang Siffin, antaranya ialah anak kepada pasangan Yasir & Sumayyah.

Kisah keluarga Yasir yang digergaji dikepala kerana mempertahankan Tauhidnya..
Kisah wanita Syahidah pertama dalam Islam, Sumayyah...

Suara nattaror (nama tak ingat) menyebabkan tiba-tiba hatiku jadi sayu semacam...
Teringat kisah perjuangan Rasulullah...
Baginda dibaling batu, najis, dihina, dicerca demi menyampaikan Kalimah Tauhid buat seluruh umat manusia.

Tiba-tiba air mata mengalir sendiri depan TV.
God Spot tersentuh agaknya ( kata saya dalam hati).
Terus masuk ke bilik air, ambil wuduk, terus solat Isyak, then terus masuk tidur...


Pagi ni dalam perjalanan ke opis, terdengar-dengar alunan lagu:-
Bimbo - Rindu Rasul

Hati terus jadi sayu semacam...

Tiba di tempat parking, tak daya bergerak nak melangkah, rasa kaki berat..
tengok kiri, tengok kanan...

There's something missing in my heart pagi ini.
Tak tahu apa dia...


www.youtube.com/watch?v=GqQtSJbjq5A

Rindu Kami Padamu Ya Rasul
Rindu Tiada Terperi
Berabad Jarak Darimu Ya Rasul
Serasa Dikau Di Sini

Cinta Ikhlasmu Pada Manusia
Bagai Cahaya Surga
Dapatkah Kami Membalas Cintamu
Secara Bersahaja?

Firman Allah SWT

"Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih"

(Huud: ayat 9)




Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar



.ari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”

Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka Nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.”

Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:

“Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:

“Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.

Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata:

“Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Tuesday, June 3, 2008

Suara Hati atau Inner Voice...



Cerita tentang suara hati...


Soalan-soalan yang memerlukan jawapan ikhlas dari hati anda. Kalau anda nak reka jawapannya, terpulang pada diri, tapi kalau boleh, jawablah sejujurnya. Bukan ada orang lain tahupun jawapan anda, sebab anda jawab, dan anda simpan jawapan anda itu sendiri.

Tapi ini bukan sekadar baca dan jawab. Saya nak bawa anda untuk berbincang atau mungkin berkongsi idea tentang sesuatu berkaitan diri kita. Tapi yang tu lepas ni la, yang penting jawab soalan-soalan ini dulu.

1. Anda sedang makan disebuah warung ditepi jalan, tiba-tiba ada budak datang meminta sedekah. Bukan setakat datang minta sedekah, tapi dia berdiri saja melihat anda makan. Apa anda rasa?

2. Bayangkan anda sedang berjalan2 disebuah taman. Sambil berjalan, anda melihat sebuah keluarga sedang bermain dengan seronoknya disebuah tempat permainan. Si ayah, si ibu dan anak2 mereka kelihatan begitu bahagia dan gembira sekali. Apa perasaan anda?

3. Seorang rakan sekerja terpilih mengikuti rombongan syarikat ke luar negara sebagai penghargaan syarikat atas jasanya. Anda tidak terpilih. Apa anda rasa?

4. Anda memasuki bilik boss anda, dan bilik itu sememangnya bersih dan teratur. Tiba-tiba anda nampak sehelai kertas diatas lantai. Apa yang hati anda kata?

5. Sewaktu anda sedang menunggu bas, anda ternampak seorang lelaki meragut beg seorang wanita yang berdiri berhampiran anda. Apa yang anda rasa?

6. Sewaktu berjalan-jalan di Chow Kit, anda terserempak dengan beberapa orang mak nyah, apa perasaan anda?

Nanti saya sambung lagi...

Monday, June 2, 2008

ESQ- What its all about?

ESQ - Sekilas Pandang



What is the purpose in life? We want happiness, but what exactly is long lasting happiness?
Is it having the life partner of your dreams?
Is it having the best academic qualifications? best job?
Is it being the spotlight of the public and people praising and looking up to you?
Is it to have time for both work and play?

at ESQ, they unveil all my doubts.
I knew i had a split personality problem. The cause is actually simple.

evryone has 3 kinds of intelligence, Intellectual Intelligence (IQ), Emotional Intelligence (EQ) and the least talked abt Spiritual Intelligence (SQ).

· IQ
main capital: Materialism
root question: What do I want?

· EQ
main capital: Social
root question: What do I feel?

· SQ
main capital: Spiritual
root question: Who am I?

"ESQ stands for Emotional Spiritual Quotient. It is known to mankind that IQ (intellectual quotient) is a necessary tool, but EQ (emotional quotient) and SQ (spiritual quotient) are equally (if not more) important.


These three will create knowledge, skill and attitude. IQ alone is insufficient to ensure success.

The Institute of Carnegie discovered, out of ten thousand successful people, only :-

1) 1500 (15%) resulting from technical competency, and

2) 8500 (85%) are due to personality.

The Institute of Carnegie also discovered, out of ten thousand people yang dibuang kerja....dimana :-


a) 1500 (15%) resulting from technical competency, and :-

b) 8500 (85%) are due to personality.

So it's quite important to develop your emotional and spiritual quotient as well. The training is focused on personal development through the integration of the IQ, EQ and SQ, but pays special attention to the EQ and SQ. The integration of these values would contribute to increase and improvement of individual performance that would then lead to increase in productivity of the world."


most of us study well (high IQ), network and socialize well (high EQ), achieving success and wealth..but the real success is to achieve longlasting happiness and thats where most of us leak..the Spiritual Intelligence (SQ).Thus, in order for a person to be successful in life and after, is the perfect balance and combination of these 3 intelligence. missing one or two or even have all but unable to combine them well..will most probably be the cause of split personality.

Then i realise..tts my weak point. Split personality creates a fake to mask myself. and the reason why tt happens is because I only know spiritual based on theory, not application.

Why SQ is so important? A religious person can be religious, does lots of rituals but does not necessarily be spiritual. Tts y we see 'ustaz' acting cool thinkin they r religious and hold high status in the society..we see pple praying all day long but in their hearts are pride and the feeling of exclusiveness..I once got a question from someone, "If smoking is makruh, some say haraam..why do some ustaz still smoke?" see the picture?

the actual fact, it isnt the religiousness of a person determines his piousness,its the strength of his spiritual instinct that makes him a humble person on the face of this world.

The spiritual instinct is God's signature in man to make him feel that there is a need to find Him. That y people go extraordinary ways to find 'Truth'. Some by means of getting great education, some by great wealth, some by fame others juz go with the flow..but the actual truth of happiness in life and after, is to find Him.

We want to have someone who is kind, loyal, beautiful, loving, wise and so on..do we realise that every great character we want in man is actually the same character of Him?

For example, some of us may want a loving wife/husband..isnt 'loving' His name, 'Ar Rahim/Al Waduud'?
or we want to work with a person who is trustworthy, isnt 'trustworthy' His name, 'Al Wakiil'?

This theory being proven 1400+ years ago when Muhammand (SAW) wanted to find truth, and the first words of the Quran came to him, "Iqra..." "Read, in the name of thy Lord..."

Why must we read in the name of God?
coz its His names (asma'ul husna) that are the true characters that are pre-programmed in our hearts, thats y we are attracted to those great characters (eg. the Powerful, the Guide, the Patient, the Wise).

if they are preprogrammed, why is it difficult for some to potray those pure characters in themselves? Coz every child is born pure (fitrah).

Each wrong doings or sins aft maturity(baligh) acts like a single dot that paints and veils the heart. Due to the countless sins we do, be it conciously or not, the dots covers the heart and slowly turnin it dark and cold like a rock. Thus, the pureness (nur) isnt able to be released or potrayed.


so in another words...is it still unclear that,every living person on earth who has the drive to potray and attracted to good character..is actually attracting him/herself to Him with and without knowing?


See the beauty of the Creator? Tts y not all religious people are spiritual.nor do all spiritual people are religious.Why? coz religion can be passed dwn frm generation to generations..but spirituality(iman) is something an individual has to find and work on his own.

if u do understand the explaination above..thats juz the a little percentage of the things the reveil in ESQ.

All thanks to Allah for showing me the way and opening up my blinded and long hardened heart.
more to come insyaAllah.

Take time to THINK. Its the source of power.

Take time to READ. Its the foundation of wisdom.

Take time to QUIET. Its the opportunity to seek God (ALLAH).

Take time to DREAM. Its the future made of.

Take time to PRAY. Its the greatest power on earth
~Author Unknown

(taken frm the ESQWay 165,by Dr. Ary Ginanjar Agustian)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails