Friday, June 11, 2010

Tetamu Senja

Aku melihat senja yang damai....




Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja


Bila cukup detik kembalilah


Kita kepadaNYA


Kita datang ini kosong tangan dada


Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala




Pada tetamu yang datang dan


Kenal jalan pulang


Bawalah bakti mesra kepada


Tuhan kepada Insan


Pada tetamu yang datang


Dan lupa jalan pulang


Usahlah derhaka pula


Pada Tuhan kepada insan




Bila kita lihat manusia lupa tempat


Atau segera sesat puja darjat


Puja pangkat


Segera kita insaf kita ini punya kiblat


Segera kita ingat kita ini punya tekad




Bila kita lihat manusia terbiar larat


Hingga mesti merempat ke laut biru


Ke kuning darat


Harus kita lekas sedar penuh pada tugas


Harus kita tegas sembah


Seluruh rasa belas




Kita datang ini satu roh satu jasad


Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


Kita datang ini satu roh satu jasad


Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat




~ A. Samad Said ~






2 comments:

Al-Mujahidah fi To'atillah said...

Puisi yang menyentuh jiwa buat tetamu senja yg sering lupa diri. Ramai manusia yg tak rasa diri sbgai tetamu, tapi sbgai tuan. Terima kasih buat A.Samad Said...

Mega said...

saya suka. sajak yang menggugah dan kritis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails