Tuesday, June 3, 2008

Suara Hati atau Inner Voice...



Cerita tentang suara hati...


Soalan-soalan yang memerlukan jawapan ikhlas dari hati anda. Kalau anda nak reka jawapannya, terpulang pada diri, tapi kalau boleh, jawablah sejujurnya. Bukan ada orang lain tahupun jawapan anda, sebab anda jawab, dan anda simpan jawapan anda itu sendiri.

Tapi ini bukan sekadar baca dan jawab. Saya nak bawa anda untuk berbincang atau mungkin berkongsi idea tentang sesuatu berkaitan diri kita. Tapi yang tu lepas ni la, yang penting jawab soalan-soalan ini dulu.

1. Anda sedang makan disebuah warung ditepi jalan, tiba-tiba ada budak datang meminta sedekah. Bukan setakat datang minta sedekah, tapi dia berdiri saja melihat anda makan. Apa anda rasa?

2. Bayangkan anda sedang berjalan2 disebuah taman. Sambil berjalan, anda melihat sebuah keluarga sedang bermain dengan seronoknya disebuah tempat permainan. Si ayah, si ibu dan anak2 mereka kelihatan begitu bahagia dan gembira sekali. Apa perasaan anda?

3. Seorang rakan sekerja terpilih mengikuti rombongan syarikat ke luar negara sebagai penghargaan syarikat atas jasanya. Anda tidak terpilih. Apa anda rasa?

4. Anda memasuki bilik boss anda, dan bilik itu sememangnya bersih dan teratur. Tiba-tiba anda nampak sehelai kertas diatas lantai. Apa yang hati anda kata?

5. Sewaktu anda sedang menunggu bas, anda ternampak seorang lelaki meragut beg seorang wanita yang berdiri berhampiran anda. Apa yang anda rasa?

6. Sewaktu berjalan-jalan di Chow Kit, anda terserempak dengan beberapa orang mak nyah, apa perasaan anda?

Nanti saya sambung lagi...

2 comments:

Kembara Hati Sang Jejaka said...

From: Akmal Hasan
Sent: Tuesday, June 03, 2008 12:01 PM
To: alumniesq@yahoogroups.com
Subject: Re: [alumniesq] Suara Hati or Inner VoiceSalam

Kalo awak boleh menjawab, just a simple words : IT IS ALL ABOUT THE TRUTH AND LOVE.

Maaf kalo salah ya

Salam

heni said...

saya terkesan sekali dengan tulisannya, semoga kita dapat mengibarkan esq ways dimanapun kita berada. salam 165

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails