Tuesday, July 1, 2008

Apa Yang Ku Cari???





Aku memandangnya. Sayu. Hambar. Lesu. Tanpa rasa. Dia masih seperti itu. Lama aku tinggalkannya. Sejak sebulan lalu. Kami tidak bertegur sapa. Tiada ucap cinta, tiada sentuhan, tiada belaian, tiada...


Segalanya seperti seolah-olah tidak pernah berlaku.






Aku jadi gelisah, sejak dua menjak, urusanku seringkali tertangguh, bermasalah dan tiada penyelesaian. Aku seperti kehilangan sesuatu. Kebosanan menghantui diri tahap gaban.






Kadang-kadang waktu malam aku ke tepi laut berhadapan Queensbay Mall, duduk atas bangku simen, merenung, menatap jauh kedada langit. Bosan tengok langit, tengok pulak Penang Bridge dalam samar-samar cahaya bulan.




















Cash? Credit card? Car? Condo? Club Membership
Alhamdulillah...5C semua dah ada.

Wang, so far no problem at all, malah lebih daripada mencukupi.

Maklumlah gaji jurutera bujang.






Lapar?

Kenyang hingga melampau-lampau, sebut apa sahaja semuanya lalu dimakan.

Bak kata kawan-kawan, membujur lalu, melintang patah bila tiba bab mencecik ni.
Radix FC? Org lain belum cuba, aku dah makan...big bucket lagik.











Sakit?
Takde lah...
Aku masih mampu berjalan, berlari, bergerak cergas seperti orang lain.




Teman?
Banyak teman-teman disisiku yang mengasihiku, tak kurang juga ahli keluarga yang memberi dorongan padaku.




Lantas apa?


Aku ni kehilangan apa dalam hidupku?
Aku jadi penasaran terus!!!


Suatu hari aku terpandangnya. Hasrat hati ingin menegur tetapi aku tiba-tiba jadi kaku.


Malu, malu kerana aku telah meninggalkannya,
malu kerana aku mengabaikannya,
malu kerana aku tidak menyentuhnya,
membelainya bahkan sudah lama dia tidak kusapa.
Berapa lama aku tidak menatap wajahnya....



Lalu aku beranikan diri, aku menyentuhnya, tiba-tiba, hati jadi sayu, jiwa jadi terharu, fikiranku keliru, saat jariku menyentuhnya, segalanya berubah, lantas ia kucium, kutatap wajahnya, dia seakan tersenyum padaku, aku hiba, luluh jiwaku, rasa pedih dan kehilangan mulai hilang sedikit demi sedikit, kami saling berhadapan, aku mulakan bicaraku, sepatah demi sepatah, dia seolah mendengar,



ALLAH pun mendengar sama, seluruh jasadku jadi menggeletar tiba-tiba katanya, setiap yang hidup pasti akan mati, saat itu aku rasa seolah dia memberitahuku, siapa aku sebenarnya, tambahnya, kata ALLAH:-

"Tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk menyembahKU"


Aku teringat sesuatu, aku pernah mendengar itu, suatu masa dahulu, iya, dia pernah mengatakan itu juga.

Aku tatap ia lagi, masih tidak puas.

Ah rupanya ada sesuatu antara kami!

Ada rindu yang tak berkesudahan,

ada cinta yang tak terungkap,

ada bicara seribu makna,

ada kasih yang masih tak terucap,

terus aku muhasabah hati.....


Jawapan....
Ini yang aku cari...


Sebuah cinta tinggalan kekasih hati ( Rasul SAW), sebuah kitab yang tersimpan lama, milik Tuhan untuk insan.

Beribu bicara tuhan masih tersimpan, selagi belum kiamat, ia akan terus dibela, dipelihara. Ah hati mahu kamu rupanya Furqan, Kitaab, A-Zikr, atau nama panggilan biasa mu Al-Quran. ALLAH, jangan pisahkan kami!!!


Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah.
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya.
Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
(QS 39 - Az Zumar :23)


Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam surga-Ku.
(QS 89 - Al Fajr : 27-30)


Jangan biarkan aku merana begini,
wahai hati,wahai jiwa,
wahai kalbu baliklah padanya,
walau sesibuk mana.

Ia masih di situ.
Menantimu.
Sampai tiba waktumu..

2 comments:

Anonymous said...

Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah. Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah alQuran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran. Teguhkanlah keyakinan kepadaNYA.. Ya Allah,hiburkanlah dan gembirakanlah daku dengan redaMU...

For Allah (Alone) is Sufficient for me, And He is the Best Disposer (of my affairs).. Verily, Allah is always there for me~! "O my Dear Allah, make my love for You the most beloved thing to me, and my fear for You the most fearful thing to me, and remove from me all worldly needs and wants by instilling a passion for meeting You, and when You have given the people of the world the pleasures of their world, make the coolness of my eyes (pleasure) in worshipping You." Ameen~

Anonymous said...

TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails