Thursday, June 26, 2008

Hadis 165? Biar Betul ni....betul la tu-Ehsan-Iman-Islam



Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:


Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu bahawa engkau naik saksi akan :-
1) tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
2) mendirikan sembahyang,
3) mengeluarkan zakat,
4) berpuasa di bulan Ramadhan,
5) menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau!!!


Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya:

Terangkan kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa :-

1) engkau percaya kepada Allah,
2) para MalaikatNya,
3) kitab-kitabNya,
4) para RasulNya,
5) hari Qiamat dan bahawa
6) engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.


Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda bersabda:

Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.
Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.


Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.


Lelaki itu berkata:
Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.

Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.


Kemudian Baginda bertanya:
Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata:
Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim



**Komen saya**

Inilah dia 165 yang alumni2 ESQ selalu kagum dengannya!!!
Sebut2 165, tapi tak tahu apa ke bendanya 165..165 nih...
skrg dah tahu...hafal hadis no 2 dalam kumpulan hadis 40 nih..

Kata nak masuk syurga kan? Hafal lah...ajarkan pada anak/isteri/suami/sanak saudara kalian...
Zaman Nabi dah ada ESQ!!! Jgn tak percaya.....PERCAYALAH!!!!





Tanda-tanda Kiamat



Semalam sementara duduk ramai2 menunggu usrah, Buletin Utama TV3 Suku melaporkan bahawa UAE sedang dalam usaha untuk membina world first revolving towers/building yang dinamakan Dynamic Tower .

Every single floor pada bangunan ini boleh berputar syehhhhh...

Biasa naik revolving restaurant yg di City Bayview Hotel, Penang dan Seri Angkasa, KL Tower ajer boleh berputar, but this one, whole building syehh...

"Maha Suci ALLAH yang mengilhamkan sukma pada manusia dengan binaan-binaan yg canggih.

FirmanNYA:-

"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntunglah bagi yang mensucikannya, merugilah bagi yang mengotorinya" (QS As-Syams)



Inilah dianya keadaan yang Nabi sebut dalam hadis tu "pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Negara-negara Arab dulu ni syeh, mostly sumenya orang2 Badawi yang menternak kambing/biri-biri/unta. Skrg kalu dah ternak unta dah, tak gembala kambing dah, dah jadi tokey minyak...


Dunia sudah nak kiamat, tanda2 dah makin jelas....
marilah kita memohon ampun padaNYA ...

1 comment:

Anonymous said...

sesungguhnya dunia akan kiamat dan tuhan hampir menyembunyikannya dan jawapanya telah di bongkar melalui rasul yang dijanjikan.(kunjungi http://www.submission.org/indonesia/apendik-25.html)
kepada yang percaya beruntunglah ia dan pada yg ingkar maka rugilah ia sesangat-sangat rugi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails