Friday, June 6, 2008

Suara Hati - Part 2





Cerita tentang suara hati atau inner voice...


Masih ingat pada soalan-soalan dalam Cerita tentang suara hati

Hari ni mari kita kongsi jawapannya. Walaupun setiap dari kita yg menjawab soalan itu akan punya jawapan berbeza, namun hakikatnya, jawapannya sebetulnya patut sama sahaja. Kenapa?

tempohari.1. Anda sedang makan disebuah warung ditepi jalan, tiba-tiba ada budak datang meminta sedekah. Bukan setakat datang minta sedekah, tapi dia berdiri saja melihat anda makan. Apa anda rasa?
Jawapan:
Suara hati kita akan berikan kita rasa bahawa kita ingin "memberi" & perlu berkongsi makanan kita dengan budak itu.

2. Bayangkan anda sedang berjalan2 disebuah taman. Sambil berjalan, anda melihat sebuah keluarga sedang bermain dengan seronoknya disebuah tempat permainan. Si ayah, si ibu dan anak2 mereka kelihatan begitu bahagia dan gembira sekali. Apa perasaan anda?
Jawapan:
Suara hati sifat atau perasaan "kasih dan sayang" kita akan menyentuh kita apabila kita menyaksikan kebahagiaan dan kegembiraan serta kehadiran rasa sayang dalam keluarga itu.
3. Seorang rakan sekerja terpilih mengikuti rombongan syarikat ke luar negara sebagai penghargaan syarikat atas jasanya. Anda tidak terpilih. Apa anda rasa?
Jawapan:
Suara hati kita akan kata, "aku juga ingin maju & menyumbang yg terbaik utk syarikat. Aku pun mahu mengikuti rombongan sebegitu".

4. Anda memasuki bilik boss anda, dan bilik itu sememangnya bersih dan teratur. Tiba-tiba anda nampak sehelai kertas diatas lantai. Apa yang hati anda kata?
Jawapan:
Suara hati kita akan menyuruh kita mengutip kertas itu, kerana kita rasa "kebersihan" itu adalah penting.

5. Sewaktu anda sedang menunggu bas, anda ternampak seorang lelaki meragut beg seorang wanita yang berdiri berhampiran anda. Apa yang anda rasa?
Jawapan:
Suara hati akan menyuruh kita "menolong" wanita malang itu.

6. Sewaktu berjalan-jalan di Chow Kit, anda terserempak dengan beberapa orang mak nyah, apa perasaan anda?
Jawapan:
Suara hati kita akan rasa simpati pada mereka, dan hati akan terdetik, "aku mesti membantu mereka."

Apa jawapan anda? Sama atau tidak dengan jawapan yang saya beri tadi? Kalau sama, Alhamdulillah. Jika tidak sama, tidak mengapa. Yang sebaiknya, jawapan kita adalah seperti apa yang saya tulis, kerana suara hati manusia sepatutnya sama sahaja, sebab Allah jadikan suara hati kita semua sama pada awalnya.

Apa buktinya suara hati manusia adalah sama?
Mari kita selak kejap surat cinta Allah dalam Al-Quran
:-

Dan [ingatlah], ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka [seraya berfirman]: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul [Engkau Tuhan kami], kami menjadi saksi". [Kami lakukan yang demikian itu] agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami [bani Adam] adalah orang-orang yang lengah terhadap ini [keesaan Tuhan]"
(QS Al A'raf : 172)





Masih tak yakin? Ok...selanjutnya

Tengok ayat ini...

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang
(QS Al Rad : 15)


Ini lah dia suara hati yang senantiasa yakin akan kebenaran Asma' al Husna.

Tetapi jika benar Allah jadikan suara hati manusia itu sama pada mulanya, kenapa jawapan kita masih tetap berbeza?

Jawapan2 kita tidak sama kerana beberapa perkara ini:

1. Prejudis
2. Prinsip hidup yang tidak benar

3. Pengalaman lepas

4. Berkepentingan peribadi

5. Pandangan yang terhad

6. Membeza-bezakan

7. Penulisan yang salah


Perkara-perkara diataslah yang menjadikan jawapan kita berbeza-beza. Sebab itu jugalah apabila ditanya pendapat kita berkaitan sesuatu, kita akan beri pandangan yg berlainan. Ada orang sampai pada tahap bertelagah kerana merasakan pendapat orang lain salah, padahal pendapat mereka pun belum tentu betul lagi.

Jadi, bagaimana untuk menilai dan mendapatkan jawapan sebetulnya. Satu cara, adalah untuk membebaskan diri kita dari 7 perkara diatas. Sebab kalau kita bebas dari 7 halangan itu, insyaAllah kita akan mampu mendengar bisikan suara hati kita yang senantiasa mendendangkan 99 Asma'al Husna itu
.


Do not fear the spiritual journey, wherever it takes you, for ALLAH is with you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails