Wednesday, April 29, 2009

Menghitung hari

Saya masih bercuti bermula 24 April.
Menyelesaikan beberapa perkara berkenaan arwah Bonda.
Semalam entah bagaimana airmataku bercucuran sementara menunggu waktu Isyak di Surau Lebuh Nipah.
Hanya Al Fatihah, Yassin, bacaan Al Quran hadiah yg mampu kuberi pada arwah Ayahnda dan Bonda di alam barzakh sana.
Seraut wajah ayahnda dan bonda ku rindu hingga saat ini.
Ya ALLAH
KAU pisahkan kami didunia
Ku mohon KAU temukan kami semula dalam SYURGA kelak.
Amien...

Friday, April 24, 2009

BONDA telah pergi menyahut seruan ILLAHI



Demi ALLAH Yang Menggenggam Jiwa2 Manusia


BONDA ku telah pergi menyahut seruan ILLAHI...

Subuh, jam 6,tanggal 14 April 2009
Bonda telah dijemput kekasihNYA.

Damailah dikau disana wahai Bonda.
Al Fatihah...


Ikhlas dari anakmu
Syed Muhammad
Bilik 9, Wad 8C
Hosp Besar Ipoh
Perak

Thursday, April 2, 2009

Kita memang sentiasa layak diuji


Sabtu 28 Mac 2009.

Ikhwah/friend in need is ikhwah/friend indeed.
Pagi2 lagi dah ada a few calls dari ikhwah2 JIM Ipoh.
Depa dah ready nak donate darah untuk mak aku.
Akhi Syukri paling awal tiba jam 9 pagi.
Kemudian datang Dr Roslan, Cik Wan, Meor Aznam, ukhti Azilan, dll.

Sekali lagi ALLAH menguji.
Those a few yg datang awal ni, semua pernah reside/visit UK between 1980 - 1996
Blood cud be contaminated with "mad cow disease.
Argh....jammed la camni :(

Ada sorang ikhwah (nama tak ingat) masa dok test bood, patologist dgr dia sok sek sok sek, selsema rupanya..pun reject.
Sorang lagik ada high blood pressure plak.
Aduhai....camne ni...

Masa dah semakin suntuk.
Aku dah berpeluh....ramai2 yg datang...baru ada sorang dua je yg PASS utk donate.


Sekali lagi ALLAH menghantar pertolongan.
Kawan lama di UTM dulu, skrg jadi pensyarah di PUO, bawak 3 org student dia untuk derma.

Once again, yg sorang tu ada darah tinggi :(

Yg dua pass.

Alhamdulilah

Aku dok ulang alik dari A&E ke Lab/Blood Bank, menyantuni ikhwah2 yg datang.
At last, ada 8 donor yg PASS.
Menjelang 12 tghari, kami semua berkumpul di Cafeteria.

Mula2 test blood type
ada O+, ada B+, AB+, A+


Steady lah Yop...
Cik Wan DERU Jim Ipoh
(ini gambar hiasan aje, gambo real tak de)


Sakit la misi....






Inilah dia antara beberapa pain darah yg diderma oleh ahli2 JIM Ipoh





Alhamdulillah Ya ALLAH.
Benarlah Engkaulah Tuhan Yang Melimpah2 Rahmat PemberianNYA.
Fabi ai yi ala, irob bikuma tukazziban.....
Sesungguhnya nikmat dari TuhanMU yang mana engkau dustakan?
(QS Ar Rahman)


Jam 2.30 petang GBS dari Penang datang ziarah mak kat ISH.
Omar, Md Zab, Pitman dan Azam.
Guys
TQ for coming
Korang memang WORLD,
Kalah MAWI.... :)



Jumaat 27 Mac 2009.

Bisnes Punya Cerita, Nyawa Jatuh No 2
Keadaan mak masih xbermaya.
Masuk air lagi sebotol.
Tapi darah tak masuk plak, padahal Dr Fauziah bgtahu arini nak masuk 1 pain darah lagi.
Tunggu punya tunggu, sampai petang, jam 6, xmasuk2 darah gak depa ni.

Apa kes??
F/up dengan nurse, selamba bodo je dia jawap
"Darah semalam 2 pain belum diganti, so kami tak boleh masuk darah untuk mak encik"


What, come again? Excuse me?

Yer...encik kena ganti balik darah tu ke blood bank kami.
Kami nak encik ganti sebelum jam 12 tghari esok.

Are you nuts?
Ni dah petang, apsal xcakap awal2 sejak semalam?
Mmg itu polisi kami....jawap nurse tu balik


Ya ALLAH, kenapalah manusia2 ni...
Bila kesihatan, jadi bisnes
Nyawa manusia jadi taruhan.
Money come first, life is no 2.
Hosp swasta
Mintak orang derma darah, lepas tu cekik darah!!!

Terus aku capai henset, blast sms pada Yusni, Ir Jamal, Hj Rashid, Azrul di Penang.
Mintak contact2 ikhwah2 JIM Ipoh dan JIM Perak untuk carikan blood donor seramai mungkin.

Dapat contact Dr Syed Fuad - JIM Taiping
Dapat contact akhi Khusairi - S/U Jim Ipoh
Dapat contact akhi Yahanis - YDP JIM Perak

On de way balik ke Jelapang, kakak aku call.

Dia cakap nurse dok push, tanya "bila nak ganti darah?"
Kami nak esok sebelum jam 12tghari.

Bagitu nurse tu, tgh cari la nih...
(hatiku mula panas, bila digasak oleh manusia2 materialis di Ipoh Specialist Hosp)

Jam 10 mlm, kakak aku sms lagi "dah dapat ke belum?"
Nurse asyik tanya kat kakak aku di wad.


Disaat aku buntu,
Dunia terasa gelap
Dada kurasa sempit, seolah2 naik ke langit
Tiada lagi tempat berpaut.
Tiada cahaya dihujung terowongan

Ku angkat kedua tangan ku...
Ya ALLAH,
LA HAU LA WALA QUW WATA ILLAH, BILLAH.

Tiada daya upaya aku lagi nak mencari blood donor mlm2 ni.
Berilah pertolongan dari sisiMU.


Dapat sms dari akhi Yahanis, ada a few ikhwah JIM Ipoh/JIM Perak sangup ke hosp, nak jadi blood donor.
Esok depa akan datang ke Wad 5 Ipoh Specialist.



Ya ALLAH,
menitis air mataku

Disaat aku memerlukanMU

Aku merangkak2
Aku panggil namaMU
Aku akui kebesaranMU
Lalu KAU sahut panggilanku
Tapi disaat KAU memanggil aku dengan laungan azanMU,
Aku berlengah2, bertangguh2.


Sungguh.....
Kami manusia,
Suka menzalimi diri kami sendiri...
Aku dzalimi diriku.
Aku letak diriku di pintu neraka.
Malah aku zalim padaMU jua Ya ALLAH.

Acapkali aku letakkan keperluan duniaku dihadapan, berbanding dengan keperluan utk memenuhi tuntutanMU.

Tapi KAU masih memandang hambaMU yg penuh dosa ini.





Khamis 26 Mac 2009.

Dr Hasral access mak pagi tu di Wad.
They wud like to do CT SCAN, X-RAY + Blood test.
Masuk air 2 botol lagik + another 1 pain darah.

Sampai petang dok tunggu result 3 test tu, sampai sudah tak de update.
F/up dgn nurse, report masih sampai ke Wad.



Rabu 25 Mac 2009.

Kita ini semuanya milik ALLAH seluruhnya

Mak mengadu sakit pinggang lagi.
Aku ingat sakit2 biasa orang tua, maklumlah umur emak pun dah 72 tahun.
Dok urut pakai minyak, bawak pi klinik, nampak cam OK sikit.
On de way balik ke rumah dari UTP di Tronoh, kakak aku call, cakap badan mak panas dan mak tak de kederat nak bangun.

Pecut kereta dengan DSP Mazlan terus balik ke Tmn Meru, Jelapang.
Lepas solat Maghrib di Masjid Tmn Meru, balik ke rumah, aku tengok dah xberdaya.
Nak duduk pun x larat, badannya asyik nak jatuh/rebah ke belakang.

Start kereta, terus rush ke Ipoh Specialist Hosp.
Tiba ke A&E Ipoh Specialist, Dr Mano access mak..ambik Blood Pressure, tgk heart beat,check mata.
Dr Mano cakap mak demam, badannya panas.

Terus call Dr Hasral Mohd Hasni, MO mlm ni, admit terus ke Wad 5, Bilik 243.
Di wad masuk 2 botol air + 1 pain darah + injection.
Mak terus tidur

Tuesday, March 31, 2009

Bila Ujian Datang



Saya berada di Ipoh Specialist Hosp sejak 25 March yang lalu,
menunggu emak yg sakit.

Mohon doakan agar beliau lekas sembuh
dan dapat meneruskan ibadat kepada ALLAH SWT.


Wad 5, Bilik 243

Dr Hasral Hasni sedang prepare untuk procedure "fistula" emak saya beberapa hari lepas.


Wad 5, Bilik 243

Thursday, March 19, 2009

Aku dan VSS



VSS

Seminggu ini sume org busy.
VSS.....



Engkau masukkan malam ke dalam siang,
Engkau masukkan siang ke dalam malam.
Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati,
Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.
Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)."
(QS : Ali Imran : 27)

Tuesday, March 17, 2009

Kisah Bunga Matahariku

North Camp - 13 Mac

Hatiku amat berat utk hadir North Camp kali ini walaupun ini mungkin kesekian kalinya paman bersama ikhwah2 di Penang.

Setelah paman ambil jalan terbaik (pada budi bicara paman), ku gagahi utk melangkah ke North Camp dan paman mau pulang pada hari Ahadnya utk membawamu mengambil result SPMmu itu.

Paman diberitakan, kau antara pelajar terbaik SPM aliran Sains di SMKJ2 yg juga alma mater paman dari form 2 hingga form 5.


Di Checkpoint 1, R&R Juru,
Paman lihat kebanyakan Generasi Y dari team Kulim dan lain2.
Kereta pitman minyak hitam plak kering :(


Di Checkpoint 2 BM Archery,

Kami dikehendaki memanah (Archery) -
Pukul 12 mlm membidik/memanah target.
Markah paman 61.


Di Checkpoint 3 Masjid Kelang Lama,
Peserta2 dikehendaki bermalam di Masjid Kilang Lama, Kulim.
Setiap kumpulan harus sentri sehingga pagi.





Di Checkpoint 4 Sedim Eco Resort
,
cabaran sebenar bermula.
Kami menebang buluh, buat rakit dan berakit di Sg Sedim.
Dikehendaki berdoa dengan doa Nabi Nuh apabila rakit mencecah gigi air.
Kena tangkap ikan 3 ekor sehingga tiba di checkpoint.
Selepas tiba di check point, ambil plastik, pewarna merah, jeng jeng, terus berperang melawan Israel.
Penat berperang, terpaksa merentas halangan.
Ya ALLAH.....Akhi Zul jatuh, sebab terpijak kayu yg reput.




Selepas Asar, minum petang,
Paman ON henset, 2 sms dari anak saudaraku masuk, bertanya "Jadikah balik Ipoh hari ini, Nor nak amek result SPM esok kat SMKJ2"

Mlm menjelma, setelah kem komandan tak membenarkan paman pulang, paman nekad utk lari demi memenuhi janjimu, anak saudaraku.


Ahad - 14 Mac
Namun setelah paman pulang ke Ipoh, kau pula tak nak balik ke Pahang.
Paman terkilan
Paman kecewa
Kau mahu paman drive kesana,tak nak naik bas, sedangkan kau tahu, inikah tengah bulan?
Poket kosong, takde duit nak isi minyak dan tol ke Pahang
Tapi kau tetap mahu paman drive ke Pahang, else kamu tak nak balik.


Paman hilang akal melayan kerenahmu.
Sehingga tanpa paman sedari paman berkata :-
"Baik, jika itu katamu, paman juga tak akan ambil tahu lagi akan masa depanmu.
Buatlah apa yg kau fikir baik.
Selepas ini, paman takkan ambik tahu lagi kehidupanmu
"


Paman pack barang, paman start kereta, paman terus drive balik ke Penang.
Paman tinggalkan kalian (Opah, Ayah Din, Nde Jah dan kamu di Ipoh)

Dlm perjalan pulang,
Jalan kurasa kelam
Rasa terkilan tak mampu kutahan


Malam tu drive balik dari Ipoh jam 12.00mlm
Paman memandu dalam keadaan separuh sedar...
Mr Zero ESQ kat sebelah diam melayan perasan...

Kenangan dikala zaman kanak2 mu berputar dalam kepala paman ni...
Saat kau ditinggalkankan ayahmu yg pergi mengadap Ilahi...
Paman yg saat itu baru bekerja, menanggung segala keperluanmu dan adik2...

Jalan di depan terasa makin kelam.....
Kesediahn dah tak mampu ku tahan....
Saat itu seandainya apa-apa terjadi di Hiway Ipoh - Penang, paman redha...

Namun alhamdulillah akhirnya paman sampai juga di Penang...
Di sebab kan pagi masih awal,
Jadi jalan tu lenggang..kosong. ..
sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu ...dinginnnn. ..






Aku sedih melihat tingkah lakumu wahai anak saudaraku
Disaat kau membesar dan berkembang
Ku menatangmu bagai minyak yg penuh
Tapi, disaat kau melawan kata2 paman
Aku terkilan
Aku kecewa...
Sungguh kecewa...
















Begitulah kisah pada 14 & 15 Mac yg lalu
Bagaimana paman harus menghadap Naqib, setelah paman lari dari North Camp?



Teman-teman
Kisah ini ku nukil kan buat kita semua
Kalian punya anak2, aku punya anak saudara
Kita selalu mengharapkan yg terbaik dari mereka
Disaat mereka membesar dan tumbuh berkembang tidak seperti yg kita harapkan...

Kenapa anak-anakmu (anak2 saudaraku) tidak seperti anak2 yg lain?
Kadang2 tidak mendengar kata
Adakala mereka tak menurut kata
Kadangkala sikap dan perangai menyakitkan hati ini


Kita menjadi sedih
Kita menjadi kecewa
Kita terkilan
Terbuku dalam hati
Kita marah, sehingga kadang2 kita meninggalkan mereka dalam keadaan marah sebagaimana Nabi Yunus meninggalkan kaumnya.



"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia"

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa

Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"


“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan menyempitkan (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap:
‘Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.
Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.’
(QS. Al-Anbiya’: 87)



Karipap dan Bunga Matahari

Kita sediakan tepung, air, garam, kari, ayam dan minyak.
Kita selalu ingin membuat murtabak kesukaan kita
Tapi sayang seribu kali sayang
Selalu murtabak kita menjadi karipap tak cukup inti & hangus
Selalu murtabak kita menjadi popia keras kulitnya
Selalu murtabak kita menjadi cekodok





Kita sediakan tanah, air,pasu bunga,baja dan benih bunga matahari.
Kita selalu ingin menanam bunga matahari yg indah seperti yg dimiliki oleh jiran2 dan kenalan
Tapi sayang seribu kali sayang
Bunga matahari yg kita siram setiap hari dengan air
Selalu bunga matahari kita, kembangnya tak jadi
Selalu bunga matahari kita, mati separuh jalan
Lalu kita lempar karipap/popia/cekodok dan bunga matahari dengan rasa marah.



Tahukah kalian
Bahan-bahan sahaja tidak cukup
Tapi kita perlu tahu resepi membuat murtabak dan menanam bunga matahari.
Tak cukup bubuh tepung yg banyak, keras jadinya murtabakmu
Tak cukup kau siram sahaja bunga mataharimu, tak berbunga dia
Kita perlu berilmu


Jujur katakan
Selama ini, sudahkan ada ilmu membuat murtabak (anak2)
Selama ini, sudahkan ada ilmu menanam bunga matahari (anak2)
Selama ini, sudahkan ada ilmu mendidik anak2


Kita baja anak2 dengan wang ringgit, sehingga mereka membesar jadi manusia materialistik
Kita baja anak2 dengan kemewahan, sehingga mereka membesar jadi manusia tamak dan kedekut untuk berbagi
Kita baja anak2 dengan buku2 sekular, sehingga mereka membesar jadi manusia monster tak beragama
Kita baja anak2 dengan ilmu dunia, sehingga mereka membesar jadi manusia tak kenal halal haram, semua hantam.
Kita baja anak2 dengan IQ semata2, UPSR wajib 5A, PMR mesti 8A, SPM paling koman 11A, meniru atau tidak dalam exam, siapa peduli? siapa tahu?
Kita lupa sisi EQ dan SQ untuk anak2.


Lalu kita menangis
Lalu kita kecewa
Lalu kita merintih
Mengadu pada ALLAH
Sedangkan kitalah yg sendiri menciptakan dan mencampakkan diri kedalam mulut "ikan nun kehidupan" tanpa kita sedari.

Cukuplah sekadar kisah Nabi Yunus menjadi pedoman dan iktibar dalam mendidik anak2.
Jgnlah kita tinggalkan mereka dalam keadaan marah
Jgn kita biar bunga matahari bangsa ini diserang kumbang2 jalanan.


Sebagai balasannya
Kita ditelan ikan nun kehidupan
Lantaran sikap kita sendiri.


Ya ALLAH
Janganlah kau jadikan aku Nabi Yunus ke-2
yang meninggalkan keluargaku dalam keadaan marah


Ya ALLAH
Aku tak sanggup dan aku tak mahu ditelan "Ikan Nun Kehidupan" sebagai balasan.
Cukuplah kisah Nabi Yunus menjadi pengajaran kepada ku.


Ya ALLAH
Bantulah kami dalam menyemai anak2 bunga matahari Islam
Bantulah kami dalam menyemai anak2 bunga matahari bangsa
Untuk menyebar cahaya Islam, Iman dan Ehsan.

Friday, March 6, 2009

Character Building - Apa Pesan Besarnya?

ESQ Mission Statement & Character Building - Angkatan 1, Pulau Pinang.


Ikan Nun Kehidupan - Part 1

Bila kau berada dalam perut “Ikan Nun kehidupan

Kau merangkak2 mencari ALLAH
Kau meraba-raba kesana dan kemari
Kau akui DIA TuhanMU…

Tapi disaat kau lepas bebas dari kegelapan “ikan nun duniamu
Kau tinggalkan ALLAH


MANUSIAWI kah kita ini?
Jika MANUSIA, jenis apa?
Jenis apa kita ini?



Ketika permasalahan hidup membelit,
Kebingungan serta kerisauan mendera rasa hati.
Ketika gelisah jiwa menghempas-hempas.
Ketika semua pintu solusi terlihat buntu.
Dan kepala serasa hendak meledak.
Kita tak mengerti apalagi yang mesti dilakukan.
Tak tahu lagi jalan mana yang harus ditempuh.
Hingga dunia terasa begitu sempit dan menyesakkan.


Ketika kepedihan menggigit hati.
Ketika kabut kesedihan menelusup ke dalam sanubari.
Atas musibah-musibah yang meruntun mendera diri.
Apalagi yang dapat dilakukan untuk meringankan beban perasaan?
Apalagi yang dapat dikerjakan untuk melepas kekecewaan?


Ketika kesalahan tak sengaja dilakukan.
Ketika beban dosa terasa menghimpit badan.
Ketika rasa bersalah mengalir ke seluruh pembuluh darah.
Ketika penyesalan menenggelamkan diri dalam air mata kesedihan.
Apa yang dapat dilakukan untuk meringankan beban jiwa ini?


Allah berfirman, "Barangsiapa bertakwa kepada-Nya, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."

Rasulullah bersabda, "Ikutilah kesalahan dengan amal baik, niscaya ia akan menghapus dosa-dosamu. "

Ibnul Jauzi pernah berkata:-
"Aku pernah dihimpit permasalahan yang membuatku gelisah dan risau berlarutan.Kufikirkan dan kucari solusi dengan segala cara dan usaha.
Tapi aku tidak menemukan satu jalan pun untuk keluar darinya, hingga kutemukan ayat itu.


Maka kusedari,
Bahawa satu-satunya jalan keluar dari segala kegelisahan dan ketakutan adalah ketakwaan


Dan ketika jalan ketakwaan itu kutempuh,
Tiba-tiba Allah sudah lebih dulu menurunkan penyelesaian.
Maha suci Allah".


Ingatlah pesan ALLAH:-
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
(QS Al Ankabut: 2)


Sungguh!!!
Kita semua pasti pernah merasakan kebuntuan hati.
Dunia terasa sempit.
Dada terasa sesak, seolah2 sedang naik kelangit.
Seolah-olah semua jalan keluar sudah tertutup rapat.
Pasti saat itulah kita akan menyedari betapa lemahnya kita dan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.


Menyedari kelemahan bukan bererti pasrah sebelum ikhtiar.
Bukan pula pembenaran atas segala kesalahan dan kecerobohan.
Namun sebagai bentuk bersandarnya hati pada Dzat yang Maha Besar iaitu Allah SWT, Manakala semua langkah ikhtiar untuk keluar dari permasalahan sudah dicuba.


Saudaraku... .
Tapakilah (carilah) jalan takwa,
Nescaya akan datang pertolongan Allah.
Dan segala kegelisahan pun akan segera hilang.

Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman”.
(QS Al Anbiya' : 88)

Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman
[QS Ali Imran : 139]


Sengaja saya kutip ayat ini untuk menunjukkan bahawa kisah Nabi Yunus sesungguhnya sama dengan kehidupan kita sehari hari, dan kepastian jalan keluarnya pun sudah diberitahu Allah 1400 tahun yang lalu.

Bahawasanya Allah akan menyelamatkan orang-orang yang beriman disaat kita berdo’a seperti do’anya Nabi Yunus.

Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.
Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

(QS:Al Anbiya' : 87)

Semoga kita mampu keluar dari perut ikan Nun kehidupan, seperti Nabi Yunus yang akhirnya keluar dari gelapnya perut ikan Nun.

Itulah antara pesan-pesan besar dalam MCB


Next post : Solat as Character Building in MCB
Next next post : Kisah Muhammad Ali in MCB

Thursday, March 5, 2009

Wanita Berpurdah


Click on pic to read!!!
Semoga bermanfaat.
Amien

Friday, February 27, 2009

Mission Statement - Apa Pesan Besarnya?


ESQ Mission Statement & Character Building - Angkatan 1, Pulau Pinang
.

Kebangkitan besar setiap bangsa@peradaban dalam sejarah dunia atau disebalik kejayaan syarikat2 bertaraf dunia (world class company) pastilah ada mission statement yang memotivasikan dan menjadi sumber kekuatan mereka.

Maka wajarlah, setiap orang diharuskan untuk menetapkan misi masa depan sebelum melangkah.

Kita harus memiliki sebuah visi yang jelas dalam kotak fikir serta meneguhkan hati untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan dengan penuh keyakinan dan optimisme.
dibuka dengan review

Training Mission Statement dibuka dengan review “How 165 are you?”

Para alumni training ESQ telah diminta menjawap apa itu “Islam?"
Pak Ary bertanya kepada peserta dengan lagak dan suara anak kecil yg bertanya pada orang tuanya.

Sungguh.....amat lucu/kelakar sekali.
Akhirnya setelah beberapa peserta memberikan argumen dan sharingnya, Pak Ary menjelaskan bahawa Islam itu sudah ada dalam “hadis Jibril” pada saat Jibril bertanyakan tentang apa itu Islam, Iman dan Ihsan pada nabi Muhammad secara langsung di depan para sahabat 1400 tahun yg lalu.


Apakah Vision & Mission Statement Diri Anda?

Makna terpenting yang saya dapatkan dalam training ini adalah apakah selama ini saya sudah memiliki pernyataan akan Visi, Misi, dan Nilai yang akan saya terapkan dalam hidup ini?

Dalam keluarga ? Apakah sudah ada?
Dalam masyarakat? Apakah sudah ada?
Dan dalam kerjaya saya sebagai kakitangan di sebuah syarikat?…Apakah sudah ada?

Dan memang benar, selama ini saya belum pernah menjadikannya dan memadukannya dalam bentuk tulisan atau catatan singkat ataupun dalam bentuk picture/gambar di otak kanan saya.

Alhamdulillah, setelah mengikuti training ini, saya sudah mampu melengkapinya dan meletakkannya dalam bentuk grafik di sub-concious mind saya.


Dan air mata pun menitis
...

"Nun....., demi pena (kalam) dan apa yang mereka tuliskan..."
(QS Al Qalam : 1)

Hal yang banyak membuat peserta terharu adalah saat kami diminta untuk menuliskan visi, misi, dan nilai hidup yang dimiliki oleh diri/pasangan/keluarganya masing2.

Dan bagi mereka yang sama sekali tidak tahu, bukankah ini mampu menyedarkan mereka bahawa setelah sekian lama mereka hidup bersama, ternyata mereka belum saling mengenal dan bahkan mungkin tidak berada dalam jalan yang seiring…(tak sama orbit la tue...)

Kebanyakan peserta, terharu kerana menyedari hal tersebut dengan pasangannya, saya pun turut merasa terharu walaupun masih bujang trang tang tang…hehe

Malah saya juga merasa haru bercampur rasa syukur, karena ternyata Allah masih memberikan kesempatan untuk saya mencari@meletakkan calon bakal isteri saya nantinya melalui Visi, Misi, dan Nilai yang HAQ yang dimiliki diri masing-masing, dan apakah mampu untuk disinergikan dalam melayari bahtera rumahtangga.


Sinergi turun surah2 dalam Al-Quran

Salah satu hal yang penting, yang disampaikan Pak Ary, bahawa pelaksanaan dlm training ini ternyata sinergi dengan turunnya surah Al-Qur’an, iaitu Al-Alaq (Iqra’= Bacalah) yang mana dalam training basic ESQ165 kami lebih banyak membaca atau mendengar.

Dan surah yang kedua, iaitu Al-Qalam (ayat 1 : Nun, demi kalam dan apa yang mereka tuliskan), dimana dalam training Mission Statement ini, kami diminta untuk menulis.

Tulis apa ek?
Menulis Visi Kehidupan...
Menulis Misi Kehidupan...
Dalam sessi menulis ni, bukan training ESQ la namanya, kalau tak beriringan dengan air mata dari para peserta dalam Dewan Millenium berjumlah 800 org tu.

Disaat kami diam merenung, dan dipersilakan untuk menulis, seakan dorongan suara hati yang begitu kuat menghantarkan hati ini untuk berbicara dan menggerakkan tangan ini untuk menulis.

Dengar pulak suara Pak Legisan, mendayu dayu, apa lagi, hujan la jiwa-jiwa kontang peserta MCB tu :)

"Nun, demi kalam dan apa yang mereka tuliskan..."


Demikianlah, sampai training selesai,
setiap peserta mempunyai catatan sendiri...
catatan terindah tentunya…
iaitu catatan yang lahir hanya sebagai pengabdian padaNya…



Vision
Bertemu ALLAH di Syurga

Mission
Menjadi Rahmatan Lil Alameen ketika hidup didunia

Nilai
Suara hati bersumberkan Asma 'Ul Husna

Monday, February 23, 2009

Dan (juga) pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak perhatikan?


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat.


Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku.
Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian?
Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud?

Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian.
Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..




Dirujuk persoalan itu kepada yang arif.
Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya.


Jawapan yang diberi hanya mententeramkan jiwaku buat seketika.
Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.


Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas.

Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.


Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening.
Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan.

Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali.

Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan.

Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir.

Sekali lagi aku mengucapkan kalimah:-

“Ashhadu allaa ilaa ha illallah
(Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah)
sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini.



Dan (juga) pada dirimu sendiri.
Maka apakah kamu tidak perhatikan?
(QS Adzariyat : 21)

Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan,ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku.



Allahuakbar! Allah Maha Besar!
Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini…

Aku diperlihatkan apa yg membelenggu kotak fikirku selama ini.
ALLAH menjawap soalanku.

Ya Allah!
Betapa Engkau memuliakan kami (manusia) dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini..

Ampunkanlah aku, ampunkanlah aku…
Mulai Maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t, menanti hari bertemu di Mahsyar kelak.
Gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah…


Ya Allah!
Benar..
Akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku..


Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar!!!
(QS Fussilat : 53)


Subhanallah! Maha Suci Allah!
Ampunilah aku kiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu..


Ampunilah aku kiranya tangan ini pernah menyakiti orang-orang sekelilingku...
Ampunilah aku kiranya tangan ini pernah mengambil sesuatu yg bukan hak ku
Ampunilah aku kiranya tangan ini menyentuh bukan muhrim
Ampunilah aku kiranya tangan ini....
(Ya ALLAH, byk dosa yg tak mampu aku tuliskan dgn tgnku saat ini)


Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…







Iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup
dari memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku,
dan adalah mereka tidak sanggup mendengar?.
(QS Al Kahfi : 101)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.
( QS : Al Hijr : 75)





Dan apakah mereka (manusia) tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah,
sedang mereka merendah diri?
(QS An Nahl : 48)


Untuk Kami perlihatkan kepadamu (manusia)
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar
(QS Toha : 23)



Nukilan Rasa & Credit to: (satuhala@blogspot.com)

Wednesday, February 11, 2009

Derhaka

I read this article (it's all about derhaka..)

Report polis sana, report polis sini.
Berhimpun sana, berhimpun sini.
Kecam sana, kecam sini.


Pelik ibni ajaib...
Selama ni korang derhaka pada ALLAH, pernah korang endah?
Selama ni korang biar Nabi dihina, pernah korang resah?


Derhaka pada Raja Segala Raja, korang tak kecoh?!
Derhaka pada Raja Alam Semesta, korang tak endah?!
Derhaka pada Raja Pemilik Langit Bumi, ada korang kisah?!


Kitalah manusia-manusia yang melampau batas...
Tak kenal sape Tuhan, sape hamba!
Tak kenal sape tuan, sape sahaya!


Adakah perlu Raja Langit Bumi datangkan Tsunami sekali lagi?
Baru kita nak sedar?
Adakah perlu Raja Semesta Alam hantarkan Ribut Greg sekali lagi?
Baru kita nak insaf?


Ya ALLAH
Ku mohon, hari ini KAU perintahkan tsunami melanda di Pulau Pangkor.
Ku mohon, hari ini KAU titahlah malaikatmu timpa kan Bukit Gantang keatas kami.
Ku mohon, hari ini KAU runtuhkan Gunung Lang & Gua Tempurung tu sekali lagi.
Ku mohon kau ratakan kami sebagaimana Madain Soleh diratakan.


Kamilah insan2 hina dan derhaka
Kamilah insan2 yg melampau segala batas.
Kamilah manusia2 yg menutup akan nilai kebenaran
Kamilah manusia2 yg menginjak-injak nilai keadilan


Kami katakan manusia yg darahnya sama merah itu Raja kami, padahal Engkaulah RAJA SEGALA RAJA

Kami katakan manusia yg banyak khilaf itu kebal dek undang-undang, padahal, undang-undang dunia hanya ciptaan manusia & mainan manusia berkepentingan,
manusia itu boleh kebal didunia...
tetapi ....di akhirat kelak TIADA RAJA ATAU HAMBA..
sedangkan Rasulullah, manusia agung itu pun minta dibalas perbuatannya oleh Ukasyah diakhir hayatnya...


Sesungguhnya mereka (pemimpin2, raja2) sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari (siksaan) Allah.
Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, dan Allah adalah pelindung orang-orang yang bertakwa.
(QS Al Jathiyah : 19)


Sungguh....
Maha Benar Engkau,(ALLAH Al Haq)
Sungguh
Maha Sabar Engkau, (ALLAH As Sabur)
dengan segala kerenah dan perilaku buruk kami.

Sungguh
Maha Pengasih, Maha Penyayang, (ALLAH Ar Rahman,
Ar Rohim)



WAHAI RAJA SEGALA RAJA
WAHAI RAJA SEGALA MANUSIA
WAHAI RAJA LANGIT dan BUMI
WAHAI RAJA ABADI,KEKAL DULU, KINI dan SELAMANYA...


Di dunia ini, kami tak lihat KAU nyata
Sedangkan kamilah yg dulu tidak ada
Kerana itu kami derhaka...


Aku kini bersujud mohon keampunanMU.
Mohon ampunan dunia akhirat.
Jgn KAU biar aku derhaka bersama-sama mereka.



Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(QS Al A'raf : 55)


Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatan pun dan tidak (pula) seorang penolong.
(QS Al Thoriq :10)


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.
Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(QS Yunus : 12)


Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya.
Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
(QS Toha : 127)


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS Az Zumar : 53)


Sudah pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku (beriman) kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apa pun baik di dunia maupun di akhirat.
Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka.

Tuesday, February 3, 2009

Hanya Sisa Ku Beri untuk ALLAH...

Cerita tentang sisa...


Andaikan, suatu hari, seorang sahabat baik anda datang kerumah. Dibawa bersama buah tangan.
Katanya, "Aritu saya balik kampung, bawak la balik sini buah2 rambutan dari kebun. Banyak sangat. Yang lain semua dah bagi pada orang lain, ini ada balance skit ni, saya bawak la untuk awak, sebab dah tak tahu nak bagi kat sapa."

Apa agaknya rasa hati kita?

Jawapan pastinya akan berbeza.

Ada yg akan kata, "Saya ok jer. Seronok la dia bagi buah rambutan.

"Ada juga orang yg kata (dalam hati), "Kot ya pun bawak belen2 rambutan yg ada je kat aku, tak payah ler cakap".

Dan pasti akan ada yang rasa ralat dihati, "Sahabat baik apa camni? Bawak buah rambutan belen-belen jer?! Tu pun sebab dah tak tahu nak bagi kat sapa?!!"
Berghaser ati....


Saya tak expect jawapan anda seperti diatas.
Sebab bukan itupun intipatinya saya nak mentioned hari ni.
Tapi sebab kita ni manusia, maka saya sebut jugalah tentang suara atau rasa hati manusia dalam perenggan atas tu.


Yang saya nak mentioned adalah tentang soal sisa, atau saki baki. Dan bukannnya saki baki atau sisa untuk kita.

Tapi untuk Allah Rabbul Jalil.
Sisa untuk Allah?

Sadis dan menyedihkan sangat bunyinya, kan?


Yalah, takkan untuk Allah diberi sisa2 dan saki baki saja.
Betul, tapi itu kata mulut kita, tapi BUKAN tindakan kita.


Saya tak rujuk pada orang lain, saya ambil diri saya sendiri sebagai contoh. Dengar azan berkumandang di surau, ada kalanya saya akan terus ke surau, tapi banyak ketikanya juga, saya tak ke sana terus.

Sebab???
Kat TV3 suku, tgh tayang cerita yang saya tengah syok tengok.
Dah habis cerita tu, barulah nak solat.

Sedihkan?....
Hanya kerana cerita TV, sanggup saya bagi sisa pada Allah.

Maknanya, dah habis urusan dunia, baru saya nak buat urusan akhirat, which is menyembah Allah Maha Pencipta.
Bukan sisa ke tu???


Kat opis pun sama….dok siapkan keje, sanggup lengah2kan solat.
Dalam training pun sama, susun kerusi dulu la…baru nak solat.
Makan dulu la…isi perut bodoh dulu la..baru nak solat…


Sama juga soal ibadat lain, seperti sedekah.
Kita bersedekah? Ya.
Ikhlas? !
InsyaAllah ya.
Banyak mana?!
Terpulang atas kemampuan.
Alhamdulillah.


Tapi yang atas kemampuan itu sebenarnya setelah ditolak pada tuntutan duniawi kita yg kadang2 tidak berkait dengan akhirat pun.

"Ohh, bulan ni takleh sedekah banyak, sebab nak simpan duit beli henset nanti." Bersedekah juga, bukan tak bersedekah, tapi sisa dan saki baki sajalah. Kan?
Tapi itu lebih baik dari tak bersedekah langsung.

Fahamkah kita apa yg tangiskan dalam dewan tu?
Fahamkah kita lagu Demi Matahari yang kita nyanyikan tu?
Fahamkah kita lagu Satria165 yang kita nyanyikan tu?
Fahamkah kita pada ayat2 Quran yang terpapar pada skrin besar tu?

Yang paling penting, Fahamkah kita pada :-
Ayat2 Quran yang telah membuat Nabi ALLAH Ibrahim sanggup menyembelih anaknya?
Ayat2 Quran yang telah membuat Nabi ALLAH Musa pengsan diatas Thursina?
Ayat2 Quran yang telah membuat Nabi Muhammad menangis tersungkur?


Dan lagi sekali, saya tak point pada siapa2.
Sekadar peringatan untuk diri saya sendiri, dan pada sahabat2 yg terasa ingin diperingatkan.
Renung2lah ibadat kita pada Allah selama ini.


Adakah 'krim' yg kita bagi, atau sekadar sisa?
Kalau kita beri krim @ yang terbaik pada ALLAH, alhamdulillah.
Kita akan jadi org-org yang ALLAH redha.

Tapi kalau sisa saja yg selalunya kita persembahkan pada Pencipta kita, sendiri mau ingat la...
Bak kata Nabil, sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!!!

Marilah kita usahakanlah sesuatu.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dimurkai Allah, InsyaAllah.



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,

lemah-lemah kami, kuatkanlah
salah-salah kami, maafkanlah
lalai-lalai kami, ingatkanlah
bodoh-bodoh kami, pandaikanlah


sakit-sakit kami, sembuhkanlah
dosa-dosa kami, ampunkanlah
kurang-kurang kami, cukupkanlah
susah-susah kami, mudahkanlah


riak-riak kami, tundukkanlah
bangga-bangga kami, tawadhukkanlah
gundah-gundah kami, tenangkanlah
sibuk-sibuk kami, lapangkanlah...

Sesungguhnya kami sangat lemah Ya ALLAH...
Byk dosa kami pada Engkau Ya ALLAH...
Kamilah manusia-manusia bodoh itu YA ALLAH
Sepatutnya Israel itu serang kami, bukan serang GAZA
sebab kamilah Raja Namrud yang mendapat kesedaran,
tapi kami tutup kembali hati kami atas kepentingan diri sendiri.



Sungguh…kami mmg orang2 yang lalai

Berangan nak membina tamadun yang cemerlang, nak masuk saf Nabi Muhammad, nak minum air telaga kausar, nak itu dan ini.... tapi kita ni....cakap je lebey

Dalam dewan training, kalau menangis kitalah yang paling kuat, teresak-esak, satu dewan boleh dengar....


Harap2 lepas MCB 14/15 March ni, mampu bina MINDA SUPER muslim kelas pertama.
Mampu jadi orang yang mencintai ALLAH atas segala-galanya didunia ini.

Guys......
Walk the talk pls…all Satria 165.
Ayuh…harapan itu masih ada…


Courtesy to Abah (OUM), semoga ko sihat2 selalu.

Friday, January 23, 2009

Kita Letih

Dalam mengharungi kehidupan, kita seringkali ‘letih ’.

Kita letih dengan orang yang tak jujur
Kita letih dengan orang yang tak bertanggungjawap
Kita letih dengan orang yang tak berdisiplin
Kita letih dengan orang yang tak adil
Kita letih dengan orang yang tak mahu bekerjasama
Kita letih dengan orang yang selffish...
Siapa lagi?
Sila komen....

Courtesy : Mazidul Akmal Sidek 360 TV3

Wednesday, January 21, 2009

Sapa duk mula memboikot ni?

Sapa duk mula memboikot ni….. habaq mai sat??!!

Permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah diketahui sejak dahulu kala.
Hal ini mereka lakukan kerana khuatir dengan pengaruh dakwah Islam yang akan menghancurkan impian dan rencana jahat mereka.

Seperti dalam dalil ini:-

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”
(QS 5:82)


Usaha Yahudi dalam menyekat dakwah Islam di peringkat awal perkembangan dakwah
Islam dengan melakukan pemboikotan ekonomi terhadap kaum muslimin ketika awal perkembangan Islam di Madinah. Kaum muslimin ketika itu sangat lemah dalam sektor ekonomi.

Kaum muhajirin datang ke Madinah tidak membawa harta benda dan kaum Ansar yang menolong mereka pun bukanlah peneraju ekonomi di Madinah saat itu.

Oleh kerana itu, orang Yahudi menggunakan kesempatan ini untuk menjauhkan kaum muslimin dari agama mereka dan melakukan boikot ekonomi.

Yahudi peneraju pemboikotan ekonomi dan mengamalkannya sampai sekarang!!!

Sampai sekarang, kalau hangpa nak tahu, US based company memboikot 5 Negara (Iran/Cuba/Korea Utara/Syiria dan Sudan) dibawah undang yg dinamakan World Wide Export Regulations Policy.


**Hangpa ingat dok tayangan video ESQ kisah Nabi Muhammad?
Tiga tahun penuh penderitaan, kena embargoed @ boikot dek Yahudi.
Tiada jual beli dengan org Islam, tiada hubungan diplomatik at all.
Baca seerah/sejarah Nabi Muhammad.
Sape boikot sape? Sape yg mulakan?
Wahai org islam, buka mata hati mu....
Jgn dok buta perut sangat!!!!




Situasi semasa ……..
Di awal tahun 2009 kita digemparkan dengan serangan bertubi-tubi Israel terhadap Gaza. Lebih malang lagi pintu pintu sempadan ditutup rapat dan dikawal kemas oleh Mesir...

Kemanakah mereka (palestinian) hendak meyelamatkan diri…
perkara paling memilukan adalah penentangan org islam sendiri (mesir) berbanding musuh yang nyata iaitu yahudi…
saudara sendiri menikam dari belakang, dimanakah konsep ukhwah dalam agama dan perjuangan?


Apa pendapat anda?
Apa yang mampu kita lakukan…
Mampukah kita ke Gaza dan berperang?...
Mampukah kita infak beribu-ribu ringgit ke Palestin untuk mengurangkan beban mereka?.... Habis tu apakah yg kita mampu?

Kita mampu mengubah persepsi mereka terhadap ISLAM dan mengancam mereka dengan MEMBOIKOT produk Israel dan Amerika.

Ini kerana keuntungan produk-produk ini jelas memberi bantuan terhadap ketenteraan Israel laknatullah.

Umat islam perlu melaksanakan prosedur boikot produk Israel dan Amerika kerana itu adalah selemah-lemah usaha yang mampu kita lakukan…”less is better than nothing”.

Walaupun kita merasakan bahawa usaha memboikot adalah sedikit bagi membantu nasib rakyat Palestine namun Allah menegaskan dalam surah al zalzalah ayat 7 dan 8, bahawa Allah memberi ganjaran bg setiap amal baik walaupun sedikit.

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

(Surah 99:7-8)


Kaedah memahami prosedur boikot
Kita sebagai end user mempunyai kuasa dalam mengawal jual beli dalam pasaran, setiap ringgit yang kita belanjakan akan memberi kesan terhadap ekonomi dan keuntungan syarikat pengeluar.

Cuba anda bayangkan bagaimana satu produk yg output cost adalah RM 1 dijual dipasaran debgan harga RM5 , maka setiap RM1 dari RM5 yg kita belanjakan akan diperoleh syarikat pengeluar.

Maka tidak akan timbul isu benarkan wang kita belanjakan akan sampai ke pihak pengeluar. persoalan ini dijawab dengan mantik ini,

“… katakan ada 3 org masing-masing meletakkan RM10 dalam sebuah bekas, dan digoncong bekas itu.mana satukah wang yg mereka letakkan? Mmg mereka tidak tahu sekirangya tidak menghafal no siri duit tersebut. Tetapi kita tahu bahawa perbuatan dan nilai RM10 memang milik kita ”


“adakah wang yg kita withdraw dari institusi perbankkan adalah sama dan serupa dengan wang yg kita bank in ?, wang mmg tidak sama tapi nilainya disebabkan perbuatan kita bank in mmg jelas milik kita ”


Begitulah juga dengan sumbangan kita terhadap pembelian senjata membunuh penduduk palestin. Sepatutnya tidak timbul kesangsian bahawa wang yg kita belanjakan terhadap produk Israel dan amerika membantu pembunuhan di palestin.kerana ia sangat jelas.

Boikot adalah berdasarkan perbuatan membeli bukannya mengharamkan produk yg halal dimakan @ digunakan. maka produk yg telah dibeli sebelum keluarnya fatwa pengharaman membeli produk tersebut adalah boleh digunakan.


Adakah boikot itu suatu perkara yang melampaui batas??!!

Dalam surah Al Baqarah ayat 190 menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan melampaui batas

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”
(Surah 2:190)

Orang yang melampau batas adalah orang yang menjaga batas(sempadan) diri mereka dan menganggu batas(sempadan) orang lain.persoalannya, adakah kita menjaga batas-batas orang islam selama ini? Terutama di palestin? Tepuk dada Tanya iman anda…..


If God shut one door, He will open another
Memanglah kita merasakan sukar untuk mengelak dari kebanjiran produk dr amerika dan Israel, tp sekiranya kita tekad untuk memboikot maka Allah.SWT akan memberi kita kemudahan seperti dalam surah al insyirah ayat 5-8.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”

(Surah 94:5-8)



Sampai bila??
Ana teringat dengan suatu kata-kata kawan ana “kita dah boikot, kita dah berdemo, abis tu kita nak buat apa lagi”

Adakah kita memboikot disebabkan kempen yg hangat diura-urakan masa kini?
Adakah fatwa pengharaman produk amerika dan Israel yg dikeluarkan mempunyai tarikh luput dan boleh ditarik semula?

Tepuk dada tanya iman anda…………….


Regards,
Mohd Zaid Hassan @ Abdul Rahman
Pengerusi
Karisma Pulau Pinang 2009


Penulis :

Pagi!!!

Org ramai dok bertanya, tiap2 kali kami buat ceramah Palestine bawah JIM,pasal apa kita boikot sana sini??!…

Aku nak bgtahu bahawa Yahudi yg mulakan boikoi moikot ni sejak zaman Rasulullah dulu.

Mcm tertulis dalam sejarah Nabi..

So skrg kita boikot la depa balik.

Pulangkan paku buah keras kat depa.

What you give, you get back…

Itu ajer pointnya..

Nak soh org ramai tahu bahawa boikot ni Yahudi yg mulakan dulu…

Senjata makan tuan syeikh.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails