Thursday, April 2, 2009

Kita memang sentiasa layak diuji


Sabtu 28 Mac 2009.

Ikhwah/friend in need is ikhwah/friend indeed.
Pagi2 lagi dah ada a few calls dari ikhwah2 JIM Ipoh.
Depa dah ready nak donate darah untuk mak aku.
Akhi Syukri paling awal tiba jam 9 pagi.
Kemudian datang Dr Roslan, Cik Wan, Meor Aznam, ukhti Azilan, dll.

Sekali lagi ALLAH menguji.
Those a few yg datang awal ni, semua pernah reside/visit UK between 1980 - 1996
Blood cud be contaminated with "mad cow disease.
Argh....jammed la camni :(

Ada sorang ikhwah (nama tak ingat) masa dok test bood, patologist dgr dia sok sek sok sek, selsema rupanya..pun reject.
Sorang lagik ada high blood pressure plak.
Aduhai....camne ni...

Masa dah semakin suntuk.
Aku dah berpeluh....ramai2 yg datang...baru ada sorang dua je yg PASS utk donate.


Sekali lagi ALLAH menghantar pertolongan.
Kawan lama di UTM dulu, skrg jadi pensyarah di PUO, bawak 3 org student dia untuk derma.

Once again, yg sorang tu ada darah tinggi :(

Yg dua pass.

Alhamdulilah

Aku dok ulang alik dari A&E ke Lab/Blood Bank, menyantuni ikhwah2 yg datang.
At last, ada 8 donor yg PASS.
Menjelang 12 tghari, kami semua berkumpul di Cafeteria.

Mula2 test blood type
ada O+, ada B+, AB+, A+


Steady lah Yop...
Cik Wan DERU Jim Ipoh
(ini gambar hiasan aje, gambo real tak de)


Sakit la misi....






Inilah dia antara beberapa pain darah yg diderma oleh ahli2 JIM Ipoh





Alhamdulillah Ya ALLAH.
Benarlah Engkaulah Tuhan Yang Melimpah2 Rahmat PemberianNYA.
Fabi ai yi ala, irob bikuma tukazziban.....
Sesungguhnya nikmat dari TuhanMU yang mana engkau dustakan?
(QS Ar Rahman)


Jam 2.30 petang GBS dari Penang datang ziarah mak kat ISH.
Omar, Md Zab, Pitman dan Azam.
Guys
TQ for coming
Korang memang WORLD,
Kalah MAWI.... :)



Jumaat 27 Mac 2009.

Bisnes Punya Cerita, Nyawa Jatuh No 2
Keadaan mak masih xbermaya.
Masuk air lagi sebotol.
Tapi darah tak masuk plak, padahal Dr Fauziah bgtahu arini nak masuk 1 pain darah lagi.
Tunggu punya tunggu, sampai petang, jam 6, xmasuk2 darah gak depa ni.

Apa kes??
F/up dengan nurse, selamba bodo je dia jawap
"Darah semalam 2 pain belum diganti, so kami tak boleh masuk darah untuk mak encik"


What, come again? Excuse me?

Yer...encik kena ganti balik darah tu ke blood bank kami.
Kami nak encik ganti sebelum jam 12 tghari esok.

Are you nuts?
Ni dah petang, apsal xcakap awal2 sejak semalam?
Mmg itu polisi kami....jawap nurse tu balik


Ya ALLAH, kenapalah manusia2 ni...
Bila kesihatan, jadi bisnes
Nyawa manusia jadi taruhan.
Money come first, life is no 2.
Hosp swasta
Mintak orang derma darah, lepas tu cekik darah!!!

Terus aku capai henset, blast sms pada Yusni, Ir Jamal, Hj Rashid, Azrul di Penang.
Mintak contact2 ikhwah2 JIM Ipoh dan JIM Perak untuk carikan blood donor seramai mungkin.

Dapat contact Dr Syed Fuad - JIM Taiping
Dapat contact akhi Khusairi - S/U Jim Ipoh
Dapat contact akhi Yahanis - YDP JIM Perak

On de way balik ke Jelapang, kakak aku call.

Dia cakap nurse dok push, tanya "bila nak ganti darah?"
Kami nak esok sebelum jam 12tghari.

Bagitu nurse tu, tgh cari la nih...
(hatiku mula panas, bila digasak oleh manusia2 materialis di Ipoh Specialist Hosp)

Jam 10 mlm, kakak aku sms lagi "dah dapat ke belum?"
Nurse asyik tanya kat kakak aku di wad.


Disaat aku buntu,
Dunia terasa gelap
Dada kurasa sempit, seolah2 naik ke langit
Tiada lagi tempat berpaut.
Tiada cahaya dihujung terowongan

Ku angkat kedua tangan ku...
Ya ALLAH,
LA HAU LA WALA QUW WATA ILLAH, BILLAH.

Tiada daya upaya aku lagi nak mencari blood donor mlm2 ni.
Berilah pertolongan dari sisiMU.


Dapat sms dari akhi Yahanis, ada a few ikhwah JIM Ipoh/JIM Perak sangup ke hosp, nak jadi blood donor.
Esok depa akan datang ke Wad 5 Ipoh Specialist.



Ya ALLAH,
menitis air mataku

Disaat aku memerlukanMU

Aku merangkak2
Aku panggil namaMU
Aku akui kebesaranMU
Lalu KAU sahut panggilanku
Tapi disaat KAU memanggil aku dengan laungan azanMU,
Aku berlengah2, bertangguh2.


Sungguh.....
Kami manusia,
Suka menzalimi diri kami sendiri...
Aku dzalimi diriku.
Aku letak diriku di pintu neraka.
Malah aku zalim padaMU jua Ya ALLAH.

Acapkali aku letakkan keperluan duniaku dihadapan, berbanding dengan keperluan utk memenuhi tuntutanMU.

Tapi KAU masih memandang hambaMU yg penuh dosa ini.





Khamis 26 Mac 2009.

Dr Hasral access mak pagi tu di Wad.
They wud like to do CT SCAN, X-RAY + Blood test.
Masuk air 2 botol lagik + another 1 pain darah.

Sampai petang dok tunggu result 3 test tu, sampai sudah tak de update.
F/up dgn nurse, report masih sampai ke Wad.



Rabu 25 Mac 2009.

Kita ini semuanya milik ALLAH seluruhnya

Mak mengadu sakit pinggang lagi.
Aku ingat sakit2 biasa orang tua, maklumlah umur emak pun dah 72 tahun.
Dok urut pakai minyak, bawak pi klinik, nampak cam OK sikit.
On de way balik ke rumah dari UTP di Tronoh, kakak aku call, cakap badan mak panas dan mak tak de kederat nak bangun.

Pecut kereta dengan DSP Mazlan terus balik ke Tmn Meru, Jelapang.
Lepas solat Maghrib di Masjid Tmn Meru, balik ke rumah, aku tengok dah xberdaya.
Nak duduk pun x larat, badannya asyik nak jatuh/rebah ke belakang.

Start kereta, terus rush ke Ipoh Specialist Hosp.
Tiba ke A&E Ipoh Specialist, Dr Mano access mak..ambik Blood Pressure, tgk heart beat,check mata.
Dr Mano cakap mak demam, badannya panas.

Terus call Dr Hasral Mohd Hasni, MO mlm ni, admit terus ke Wad 5, Bilik 243.
Di wad masuk 2 botol air + 1 pain darah + injection.
Mak terus tidur

2 comments:

tajamkannuraniku said...

Assalamualaikum ..muga Ar Rahman melimpahkan kasih sayangNya yang tanpa batas..memudahkan segala urusan,,Dialah Al Wali Yang Maha Menguruskan segala-galanya..muga terus tabah dan sabar mengharungi ujian berat ini...saudara pasti dapat melaluinya..Ya Allah kurniakanlah jalan keluar dan petunjuk kepada saudaraku ini..rahmatilah bondanya...

Kash said...

Salam Syed, Syahdu sungguh baca kisahmu, banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah SWT. Sesungguhnya semua itu dugaan dari Allah SWT untuk org2 yang beriman dan bertaqwa. Syukurlah pada Allah SWT kerana ujian ini, kerana ianya menunjukkan bahawa Allah SWT sayang akan hambanya yg beriman dan bertaqwa.

Setiap ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah untuk hambanya yang soleh. Kami akan sentiasa mendoakan ibumu. Al Fatihah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails