Tuesday, June 23, 2009

Dunia Dalam Hatiku...

Apa Yang Ku Cari Dalam Hidupku?


Mlm tadik hampir kol 2AM baru aku tido.
Muhasabah diri apa yg aku dah buat dalam masa sebulan dua ni sejak keluar dari Penang.
Sedar x sedar dah 2 bulan x ber usrah.
Sedar x sedar dah 2 bulan solat jamaah celum celam sejak tinggal di Kajang.
Sedar x sedar dah 2 bulan x ikut jamaah mcm kat Penang.
Sedar x sedar dah 2 bulan x konsisten bpuasa sunat Isnin & Khamis.
Sedar x sedar dah ada awek baru eLCie.
Sedar x sedar dah booking Civic 2.0.-->Keje Gila

Tak tahu kenapa lately aku jadi "one kind" ajer.
Resah gelisah.
Sesak dalam dada.

Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam.
Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpa kan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

(Al An'am : 125)


Jumaat minggu lepas & weekend kelmarin dulu aku ke KL, jumpa awek baru "eLCie".
Baru sempat mesra2 ke Sunway Convention Centre siangnya.
Malam minggu kami ke Danau Kota - tgk flea market kat sane...
Pergi2 tgk tak de apa pun yg menarik :(


Lepas tu aku ke Ampang, cari klinik.
3 x pusing area Ampang tu.
Teringat ada hutang dengan satu klinik masa benti keje DHL dulu.
Cari2, dah jumpa, pi nak bayar hutang, klinik tu sord of dah tak wujud atau ditukar pemilik/nama.
Bila aku check balik, ni panel DHL ke?
Nurse tu cakap "BUKAN!"

Argh jammed camnih....
Sepasal nak bayar hutang yg tertangguh sejak 3 thn lepas.
Mana nak cari balik Klinik tu?





Semalam, Isnin,
Sesmen kete Honda Civic dtg opis kat Cyber.
Test drive Civic 2.0, aku lenjan kete tu sampai ke Dengkil.

Sebelum ni dok test drive City 1.5 (E) ajer.
Accelerate gila2 test kete tu, amik konar 110km/j kat area Dengkil-Cyberjaya.
Power of Dreams la katakan...









Tengok stereng dia mcm Starwars Starship Enterprise punya kokpit.







Lepas solat maghrib + isyak jamaah kat surau Tmn Kajang Utama bawak eLCie, balik umah.
Dah nak tido ni, teringat eLCie tinggal sorg2.
Risau kot ada mamat lain kebas eLCie ni.


Sambil baring2, tiba2 otak ku berfikir jauh.
Menilai kembali mutabaah amal yg aku dah isi selama sebulan dua ni.

Teringat apa janji2 aku before this:-
1) 10% gaji Shell nak buat amal jariah
Sampai skrg masih belum ditunaikan.
Gaji bulan pertama abis bayar bil rawatan tangan kakak aku + hutang kawan2.
Alhamdulillah dah settled most of them.

2) Konon dok KL/Sgor nak semarakkan dakwah dalam JIM.
Malang 1juta x malang, apa pun tak jadi.
Usrah takde, jenuh cari kesana kemari, xjumpa cahaya dihujung terowongan.
Pergi usrah sekali, lansung tak best!!!!
Bosan + Boring + xmenarik, dll.
Minggu lepas aku dah tak pi usrah tu
Xmcm di Penang, usrahnya bertenaga, ahli2 nya ramai, meriah.

Disini, dah la ahli tak ramai, semua datang lambat, kol 10 baru mula.
Alasan :-
Masing2 dok jauh, travel lambat + bergelut ngan anak bini sebelum nak ke usrah.
Wah, beri alasan nampak!!!
Anak + bini tu halangan ke dalam usaha agama?
Aku jadik makin pelik skrg.


3) Mula solat jamaah + tadabbur Quran + jadi anak yg soleh sepanjang hayat
Ni janji pada arwah mak + arwah ayah selama ni yg masih belum aku tunaikan.
All this while aku tak pi surau sebab jauh dan takde motor.
Bawak kete leceh :(
So lepas Maghrib/Isyak kat umah, paling tidak aku selak Quran 2 mukasurat w/out tadabbur.
Tapi tetap kosong rasanya.
Bak kata DD, mengaji TAPI x mengkaji.
Sebab tu mata hati tak nampak makrifat kebesaran ALLAH.


Pikir punya pikir mlm tadi, rupanya2 DUNIA DAH ADA DALAM HATIKU.
Motor baru Yamaha eLCie 135 dah masuk dalam HATI
HONDA Civic 2.0 dah masuk dalam HATI

Impian nak ke Mekah buat Umrah dan Haji terkubur begitu sahaja.
Kesal betul aku, dalam masa 2 bulan dah byk kesilapan yg aku buat rupanya :(
Patut la hati x tenang je skrg...

DUNIA BUKAN LAGI DITANGAN
DUNIA DAH MASUK DALAM HATI
ALLAH DAN RASUL entah kemana aku letakkan...
YA ALLAH....
Tuntun hidupku
Jgn biar aku sesat dalam dunia fana ini
Jgn biar aku sesat dalam dunia yg penuh tipu daya.


Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.
(Al Baqarah:286)

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

(Al An'an : 23)



So TINDAKAN SUSULAN :-
1) Arini aku dah kenselkan HONDA Civic 2.0 tu.
Niat nak balik Raya Puasa dengan kete baru bulan 9 ni aku dah bakar dalam kotak pemikiran.
Dah buang jauh2 rasa riak nak tayang kete baru pada manusia2 tertentu yg menolak pinangan aku sebulan lepas.

Kotor betul hati, mengaku daie, mengaku umat Nabi SAW, tapi apa keje dakwah pun tak buat.
Self proclaimed join NGO Islam, bangga tak tentu hala pada diri sendiri.
Apa sumbangan pun aku tak buat sekarang.
Ada hati nak masuk syurga, lihat wajah RASUL, nak minum air telaga KAUTSAR.
PIRAH mabukkkkkkk.

Dalam dewan training, menangis paling keras, keluar dewan, jadi setan!
Hipokrit betul aku :(



2) Awek baru eLCie, insyaALLAH akan diceraikan.
Dah ada org nak beli motor tu.
Aku akan beli motor kecik2 ajer...harga kurang dari harga eLCie.









3) Cari umah baru area Dengkil/Seri Kembangan
Firman akan posting ke DELL CYBERJAYA bulan Ogos ni.
What a relief!!!
Ada kawan yg bagus dari geng TABLIGH di Penang akan bersama aku....
Yahoo!!!! YES YES YES


4) NAK PERGI UMRAH dalam masa terdekat.
Mlm tadi ada sembang ngan kawan sorg ni.
Dia pernah buat UMRAH backpackers selama sebulan di sana!
WOW!!!
Dia akan cuba arrange + cari connection utk UMRAH BACKPACKERS ni...


Barulah lega ati aku sekarang....
SOMETHING MISSING IN MY HEART rupanya.


Firmah ALLAH:-
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin.

Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir.

(Yunus : 24)


**konotasi **
eLCie = Yamaha LC 135

14 comments:

nur zahra said...

Umar r.a pernah berpesan, "Letaklah dunia di tanganmu, jangan sesekali meletakkan dunia di hatimu!!".

Bagi saya, tidak salah untuk mengambil bahagian kita (muslim) di dunia ini. Dan tidak salah juga untuk melepaskannya jika kita berasa bukan itu tujuan kita. Mujahadah hanya mampu dicapai apabila kita berjaya menjinakkan kehendak nafsu duniawi kepada kehendak Ilahi.

nur zahra said...

Oh saya tertinggal isu usrah.

Kekadang kita mengharapkan orang lain untuk menceriakan pertemuan-pertemuan halaqah kita. Dan apabila realiti itu tidak seperti yang kita ingini, maka kita lebih mudah berlepas tangan.

What should we do? Bersabarlah. Kerana masa itu adalah sebahagian dari rawatan (HAB). Indeed, I have learnt a lot from my previous experiences.

Kembara Hati Sang Jejaka said...

Yup, that was what I'm thinking now!
Nak ke Mekah dulu, dan barulah pikir hal2 kehendak dunia selepasnya jika ada rezeki.

Travellingbie said...

itulah manusia yang fitrahnya selalu lupa...kadang-kadang kita terlupa matlamat kita...Alhamdulillah, ada kesedaran bilamana hati tidak tenang, sebab tu la kita kene saling mengingat dan bagusnya kita mengingati diri kita dan juga kawan-kawan yang membaca...

Alhamdulillah, saya juga telah diingati...Alhamdulillah!

Ahyana Solehah said...

cukup memuhasabahkan..

jzkk..




p/s: ahad lepas alhamdulillah brksmptn rcj d training mahasiswa stlh skian lama..

2 kisah terakhir yang sering disampaikan trainer- hadis iman, islam dan ihsan, dan kisah 'raja namrud' cukup membuatkan hati menangis dan berkaca.

Ya Allah,

Thabbit qulubana a'la diinik wa tho'atik...

Kuatkan kami di 'training sebenar' di luar ini..

yeop kamu, s.alam said...

Salam Tuan Syed,

Ayuh segera redakan resahmu itu kerna lama kelamaan, khuatir ia akan hilang begitu sahaja, bukan kerana terubat, tetapi kerana hati sudah mati.

Kenangan di Penang sungguh indah? Mungkin sama jugak dengan aku, namun kita harus tempuhi dengan tabah. Yakinlah, kenangan indah itu akan tetap kekal dalam hatimu, jadikanlah ia sebagai azam untuk kamu bangkitkan kenangan itu di sini, mungkin orang lain tidak mampu melakukannya, tetapi tangan kamulah yang harus mengusahakannya.

Semoga berjaya, aku sentiasa mendoakanmu kerana kita lalui pengalaman yang hampir serupa.

p/s: tiada niat yang terselindung tau, padaku perkahwinan adalah jawapan bagi segala kerunsinganmu kini sahabatku.

Anonymous said...

Alhamdulillah....
Kalau selalukita bermuhasabah diri macam ni. Setiap ape yang kita lakukan dalam hidup ni perlu dipertanggungjawabkan. Kejarlah dunia tapi biarlah akhirat kita dapat sama..tak salahmengejar dunia tapi jadikan ia hanya sebagai ssandaran ke sana nanti.

Niat kebajikan tu sangat baik jadi sebenarnya membantu kakak tupun dah dikirakan kebajikan yang 10% syed nak buat tu.

Honda Civic tu teruskan dijadikan target kerana kalau dalam pemikiran kita ada sesuatu pembaharuan yang ingin kita lakukan atau citakan ia sebanarnya lahir dari diri kita yang unconcious.jadi ia akan jadi realiti satu hari nanti.jangan padamkan ia....shikin

md zabri said...

salam akhie syed,

teruskan lagi pi usrah,
kalo usrah tu tk best, cube enta bagi cadangan ke,

keta ni sebenarnya banyak "hidden cost", bayaran bulanan, maintenance, minyak, dll,
renung renungkan, ada orang gaji berbelas ribu pakai wira je..,

kalo ikut azizi ali, kalau ansuran kete tu tak leh selesai dalam masa setahun, kita tk mampu sebenarnya pakai kereta idaman tu.

ana yg pakai kelisa pun semput nk maintain..

adyri said...

berminat gak pasal gi umrah cr backpakers. Berminat nak tau kalau ada detail. Just email kat sy: aym_anakgajah@yahoo.com

Kembara Hati Sang Jejaka said...

Salam MZ

Kalau camtu apa kete puntak mampu, melainkan kete 2nd hand.

Salam Adyri
nanti saya contact sdara utk umrah backpackers tu..Semoga ALLAH melapangkan usaha kita buat umrah nih..

Anonymous said...

syabas inspektor sahab!
at last u know the differences between needs and desire.
sometimes its better to read ur mind then listen to ur mumbling...
well done again

Anonymous said...

Kalau dunia kita kejar .. memang akhirat kita berciciran. Tapi kalau akhirat yg kita kejar .. dunia akan dlam genggaman kita.

Insaf I baca entry yg satu ini .. betapa diri selalu dilalaikan tapi tidak mencari puncanya.

Alhamdulillah ..


AiLing.

burhanuddin said...

salam

dalam tercari info umrah backpack terjumpa pulak blog ni. macammn dgn plan utk umrah backpack tu? harap blh berkongsi sesuatu. ana sendiri tgh mencari plan dan kawan utk ke sana, semoga dimudahkan.

wassalam

burhanuddin said...

maaf ana blh dihubungi pd alamat sekian: burhanuddin_ariffin@yahoo.co.uk

mohon informasi dari sdr. TQs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails