Tuesday, June 23, 2009

Dunia Dalam Hatiku...

Apa Yang Ku Cari Dalam Hidupku?


Mlm tadik hampir kol 2AM baru aku tido.
Muhasabah diri apa yg aku dah buat dalam masa sebulan dua ni sejak keluar dari Penang.
Sedar x sedar dah 2 bulan x ber usrah.
Sedar x sedar dah 2 bulan solat jamaah celum celam sejak tinggal di Kajang.
Sedar x sedar dah 2 bulan x ikut jamaah mcm kat Penang.
Sedar x sedar dah 2 bulan x konsisten bpuasa sunat Isnin & Khamis.
Sedar x sedar dah ada awek baru eLCie.
Sedar x sedar dah booking Civic 2.0.-->Keje Gila

Tak tahu kenapa lately aku jadi "one kind" ajer.
Resah gelisah.
Sesak dalam dada.

Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam.
Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpa kan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

(Al An'am : 125)


Jumaat minggu lepas & weekend kelmarin dulu aku ke KL, jumpa awek baru "eLCie".
Baru sempat mesra2 ke Sunway Convention Centre siangnya.
Malam minggu kami ke Danau Kota - tgk flea market kat sane...
Pergi2 tgk tak de apa pun yg menarik :(


Lepas tu aku ke Ampang, cari klinik.
3 x pusing area Ampang tu.
Teringat ada hutang dengan satu klinik masa benti keje DHL dulu.
Cari2, dah jumpa, pi nak bayar hutang, klinik tu sord of dah tak wujud atau ditukar pemilik/nama.
Bila aku check balik, ni panel DHL ke?
Nurse tu cakap "BUKAN!"

Argh jammed camnih....
Sepasal nak bayar hutang yg tertangguh sejak 3 thn lepas.
Mana nak cari balik Klinik tu?





Semalam, Isnin,
Sesmen kete Honda Civic dtg opis kat Cyber.
Test drive Civic 2.0, aku lenjan kete tu sampai ke Dengkil.

Sebelum ni dok test drive City 1.5 (E) ajer.
Accelerate gila2 test kete tu, amik konar 110km/j kat area Dengkil-Cyberjaya.
Power of Dreams la katakan...









Tengok stereng dia mcm Starwars Starship Enterprise punya kokpit.







Lepas solat maghrib + isyak jamaah kat surau Tmn Kajang Utama bawak eLCie, balik umah.
Dah nak tido ni, teringat eLCie tinggal sorg2.
Risau kot ada mamat lain kebas eLCie ni.


Sambil baring2, tiba2 otak ku berfikir jauh.
Menilai kembali mutabaah amal yg aku dah isi selama sebulan dua ni.

Teringat apa janji2 aku before this:-
1) 10% gaji Shell nak buat amal jariah
Sampai skrg masih belum ditunaikan.
Gaji bulan pertama abis bayar bil rawatan tangan kakak aku + hutang kawan2.
Alhamdulillah dah settled most of them.

2) Konon dok KL/Sgor nak semarakkan dakwah dalam JIM.
Malang 1juta x malang, apa pun tak jadi.
Usrah takde, jenuh cari kesana kemari, xjumpa cahaya dihujung terowongan.
Pergi usrah sekali, lansung tak best!!!!
Bosan + Boring + xmenarik, dll.
Minggu lepas aku dah tak pi usrah tu
Xmcm di Penang, usrahnya bertenaga, ahli2 nya ramai, meriah.

Disini, dah la ahli tak ramai, semua datang lambat, kol 10 baru mula.
Alasan :-
Masing2 dok jauh, travel lambat + bergelut ngan anak bini sebelum nak ke usrah.
Wah, beri alasan nampak!!!
Anak + bini tu halangan ke dalam usaha agama?
Aku jadik makin pelik skrg.


3) Mula solat jamaah + tadabbur Quran + jadi anak yg soleh sepanjang hayat
Ni janji pada arwah mak + arwah ayah selama ni yg masih belum aku tunaikan.
All this while aku tak pi surau sebab jauh dan takde motor.
Bawak kete leceh :(
So lepas Maghrib/Isyak kat umah, paling tidak aku selak Quran 2 mukasurat w/out tadabbur.
Tapi tetap kosong rasanya.
Bak kata DD, mengaji TAPI x mengkaji.
Sebab tu mata hati tak nampak makrifat kebesaran ALLAH.


Pikir punya pikir mlm tadi, rupanya2 DUNIA DAH ADA DALAM HATIKU.
Motor baru Yamaha eLCie 135 dah masuk dalam HATI
HONDA Civic 2.0 dah masuk dalam HATI

Impian nak ke Mekah buat Umrah dan Haji terkubur begitu sahaja.
Kesal betul aku, dalam masa 2 bulan dah byk kesilapan yg aku buat rupanya :(
Patut la hati x tenang je skrg...

DUNIA BUKAN LAGI DITANGAN
DUNIA DAH MASUK DALAM HATI
ALLAH DAN RASUL entah kemana aku letakkan...
YA ALLAH....
Tuntun hidupku
Jgn biar aku sesat dalam dunia fana ini
Jgn biar aku sesat dalam dunia yg penuh tipu daya.


Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.
(Al Baqarah:286)

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

(Al An'an : 23)



So TINDAKAN SUSULAN :-
1) Arini aku dah kenselkan HONDA Civic 2.0 tu.
Niat nak balik Raya Puasa dengan kete baru bulan 9 ni aku dah bakar dalam kotak pemikiran.
Dah buang jauh2 rasa riak nak tayang kete baru pada manusia2 tertentu yg menolak pinangan aku sebulan lepas.

Kotor betul hati, mengaku daie, mengaku umat Nabi SAW, tapi apa keje dakwah pun tak buat.
Self proclaimed join NGO Islam, bangga tak tentu hala pada diri sendiri.
Apa sumbangan pun aku tak buat sekarang.
Ada hati nak masuk syurga, lihat wajah RASUL, nak minum air telaga KAUTSAR.
PIRAH mabukkkkkkk.

Dalam dewan training, menangis paling keras, keluar dewan, jadi setan!
Hipokrit betul aku :(



2) Awek baru eLCie, insyaALLAH akan diceraikan.
Dah ada org nak beli motor tu.
Aku akan beli motor kecik2 ajer...harga kurang dari harga eLCie.









3) Cari umah baru area Dengkil/Seri Kembangan
Firman akan posting ke DELL CYBERJAYA bulan Ogos ni.
What a relief!!!
Ada kawan yg bagus dari geng TABLIGH di Penang akan bersama aku....
Yahoo!!!! YES YES YES


4) NAK PERGI UMRAH dalam masa terdekat.
Mlm tadi ada sembang ngan kawan sorg ni.
Dia pernah buat UMRAH backpackers selama sebulan di sana!
WOW!!!
Dia akan cuba arrange + cari connection utk UMRAH BACKPACKERS ni...


Barulah lega ati aku sekarang....
SOMETHING MISSING IN MY HEART rupanya.


Firmah ALLAH:-
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin.

Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir.

(Yunus : 24)


**konotasi **
eLCie = Yamaha LC 135

Thursday, June 11, 2009

Iktibar Empat Isteri










Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.












(Ini sekadar gambar hiasan)



Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.
Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.

Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.


Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.
Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.

Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.


Begitu juga dengan isterinya yang kedua.
Dia juga sangat menyukainya.
Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian.
Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini.
Dialah tempat bergantung.
Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sukar.


Sama halnya dengan isterinya yang pertama.
Dia adalah pasangan yang sangat setia.
Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.
Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.
Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit.
Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi.
Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati,
"Saat ini, aku punya empat orang isteri.
Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri.
Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."


Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah.
Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?"

Isteri keempatnya terdiam.
"Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.
Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.


Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?".

Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.


Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya,
"Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?"

Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini.
Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja.
Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."


Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.
Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara,
"Aku akan tinggal denganmu.
Aku akan ikut ke manapun kau pergi.
Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu."


Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.
Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan.
Berasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;-


ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita.
Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang.
Ia akan pergi segera apabila kita meninggal.
Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.







ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.
Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain.
Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.






ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman.

Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.

Hanya sampai ke kubur sahaja mereka akan menemani kita.









DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita









DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.





Jadi, selagi mampu, gunakan jiwa dan amal kita dengan bijak.
Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

WAHAI TEMAN
SELAMAT BERAMAL!!!





**Sumber : jagat raya**

Tuesday, June 2, 2009

Aku Bukan Sendiri




Disini aku sendiri
Mencari Ilmu milik Illahi
Tanpa keluarga disisi
Tanpa teman yang memahami
Hanya SABAR dan SOLAT sebagai tiang hati


Berbulan ku bersendiri
Mencari Ilmu milik Illahi
Tanpa BOSAN dan JAUH HATI
Kerana ku yakin janjiMU Ya Illahi
Membuat ku terus tegak berdiri



Kini aku masih sendiri
Mencari Ilmu milik Illahi
Ya Rabb, berikan aku hati bersih berseri

Agar aku SEDAR dan MEYAKINI
Aku bukan bersendiri
Aku jua tak pernah bersendiri
Tapi...
Aku punya MALAIKAT yang sentiasa menemani diri
Aku punya ALLAH dan RASUL didalam hati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails