Wednesday, May 27, 2009

Tazkiun nafsi dirantau orang

Balasan email seorang sahabat yg memahami kesunyian aku di rantau orang.


Dulu selepas tamat matrix, kumpulan usroh kami berpecah, suma balik kampong.
Jadi tiada lagi usroh, tiada lagi berjumpa bersama.
Hari ke hari, terasa kekuatan iman makin tergugat.
Jika dalam kebersamaan, ada kekuatan, tapi bila keseorangan, kekuatan tercabar.
Ibarat seekor anak kambing di kalangan sekumpulan serigala.


Lantas satu hari aku menghubungi seorang rakan usrohku menyatakan akan KEBOSANAN bila bersendirian, daku bertanya: 'Apa khabar iman kau? Sihat?'.
Dia menjawab : "Alhamdulillah, so far so good".
Ermm, lalu aku bertanya : " Camna kau maintain iman, padahal kita dah tiada usroh lagi?"
Dia menjawab : "TAZKIATUN NAFSI"


Lalu aku mula terfikir, betol jugak.
Takkan nak bergantung pada mereka sampai bila2.
Kena la berdikari bila mereka tiada.
Nanti dalam kubur, aku keseorangan jugak.
Cuma mengharap masuk syurga sama-sama.Ameen..


So, bila sendirian, kena sentiasa kuat ingat Allah, buat amalan2 zikrullah, sejukkan hati, memperhatikan alam ciptaan Allah, ingat Allah sangat dekat dengan kita, lagi dekat dari urat nadi dilehermu....

Di dalam surat Al-Baqarah ayat 151 Allah SWT berfirman;-
Ertinya; ‘‘Sebagaimana Kami telah utus kepada kamu seorang rasul [Muhammad] membacakan kepadamu ayat-ayat Kami, membersihkan jiwa-jiwa kamu, mengajarkan kepada kamu al-kitab dan al-hikmah dan mengajarkan kepada kamu apa-apa yang kamu belum mengetahuinya”.

Teruskan melakukan Tazkiatun Nafsi bagi mempertahankan kesucian mentaliti spiritual/SQ.

Tak perlu nak harapkan usrah/halaqah lagi.
Betul ke ni tindakan aku?
Semoga ALLAH membimbing hatiku dan kaki ku sepanjang berada di hutan batu metropolis ini.

2 comments:

Luth Textile said...

Salam! Jom bertentang mata. ada MINI GATH Komuniti Bloggers Penang.. JOM!


http://bloggerspenang.blogspot.com/2009/05/nak-join-tak-mini-gath-kbp.html

~fam~ said...

betol la...
aku juga rasa apa yg mu rasa...
bila dah jauh n jarang jumpa kawan2 usrah, hjati mudah goyah dengan godaan duniawi...
sngt sukar menetapkn iman tika bersendirian...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails