Friday, May 29, 2009

Cuti Sekolah - Musim Kawen + Musim Bersunat

Cuti sekolah menjelang tiba kini.

Ahad -31 Mei -
Lusa la tu...
Anak sedara sorang nak bersunat.
Melangkah ke alam remaja
Welcome aboard to alam kedewasaan Meor Mohd Ikmal.


Sabtu -06 June
Sorang lagi anak sedara nak naik pelamin
Selamat melangkah ke alam rumah tangga Wan Nur Aini Meor Adnan.
Gaji pun belom, tapi harus la keluar duit untuk anak2 buah tu.
Dia nak hadiah mesin basuh la pulak...

Paling aku malas bil abalik kampung nak menjawap soalan cepumas "Acu bila nak kawen?"
Adeh...tergeliat telinga dengar....
As usual...Senyum je la....hehe

Wednesday, May 27, 2009

Tazkiun nafsi dirantau orang

Balasan email seorang sahabat yg memahami kesunyian aku di rantau orang.


Dulu selepas tamat matrix, kumpulan usroh kami berpecah, suma balik kampong.
Jadi tiada lagi usroh, tiada lagi berjumpa bersama.
Hari ke hari, terasa kekuatan iman makin tergugat.
Jika dalam kebersamaan, ada kekuatan, tapi bila keseorangan, kekuatan tercabar.
Ibarat seekor anak kambing di kalangan sekumpulan serigala.


Lantas satu hari aku menghubungi seorang rakan usrohku menyatakan akan KEBOSANAN bila bersendirian, daku bertanya: 'Apa khabar iman kau? Sihat?'.
Dia menjawab : "Alhamdulillah, so far so good".
Ermm, lalu aku bertanya : " Camna kau maintain iman, padahal kita dah tiada usroh lagi?"
Dia menjawab : "TAZKIATUN NAFSI"


Lalu aku mula terfikir, betol jugak.
Takkan nak bergantung pada mereka sampai bila2.
Kena la berdikari bila mereka tiada.
Nanti dalam kubur, aku keseorangan jugak.
Cuma mengharap masuk syurga sama-sama.Ameen..


So, bila sendirian, kena sentiasa kuat ingat Allah, buat amalan2 zikrullah, sejukkan hati, memperhatikan alam ciptaan Allah, ingat Allah sangat dekat dengan kita, lagi dekat dari urat nadi dilehermu....

Di dalam surat Al-Baqarah ayat 151 Allah SWT berfirman;-
Ertinya; ‘‘Sebagaimana Kami telah utus kepada kamu seorang rasul [Muhammad] membacakan kepadamu ayat-ayat Kami, membersihkan jiwa-jiwa kamu, mengajarkan kepada kamu al-kitab dan al-hikmah dan mengajarkan kepada kamu apa-apa yang kamu belum mengetahuinya”.

Teruskan melakukan Tazkiatun Nafsi bagi mempertahankan kesucian mentaliti spiritual/SQ.

Tak perlu nak harapkan usrah/halaqah lagi.
Betul ke ni tindakan aku?
Semoga ALLAH membimbing hatiku dan kaki ku sepanjang berada di hutan batu metropolis ini.

Thursday, May 14, 2009

Lafaz Yang Tersimpan

Lafaz Yang Tersimpan- Sebulan setelah pemergian Bonda ke Rahmatullah


Mak,
Harini 14/Mei 2009
Genap sebulan mak pergi menemui Illahi
Terasa seolah2 baru semalam mak tinggalkan kami adik beradik.
Tak pernah jemu aku menjaga emak semasa dimasukkan ke Ipoh Specialist dan Hosp Raja Permaisuri Bainun.

Mlm tadi selepas Maghrib, aku hantar sms pada adik beradikku.
Kami nak buat bacaan Yassin ditempat masing-masing.
Lepas baca Yassin+ doa...
Dadaku semakin sebak
Berombak2 rasa nak pecah
Entah kenapa, air mata xdapat kutahan
Akhirnya airmataku tumpah dalam doaku utk arwah emak + arwah ayah.


Kenangan bersama mak berputar dan berlegar dalam ingatanku.


Ya ALLAH
Aku rindu pada emak + ayahku.
Aku sayang pada emak + ayahku
Aku kasih pada emak + ayahku
tapi kerinduanku tak sama dengan rinduMU YA ALLAH
tapi sayangku tak sama dengan SAYANGMU YA ALLAH
tapi kasihku pada meraka tak sama dengan KASIHMU pada mereka YA ALLAH

Engkaulah YANG MAHA KASIH dan SAYANG pada emak + ayahku
Engkaulah YANG MENCIPTAKAN emak + ayahku
Engkaulah YANG MENGHIDUPKAN mereka sebagai emak + ayahku tanpa aku pinta
Engkau jualah YANG MEMATIKAN mereka untuk menguji kesabaran dan amalan kami.


YA ALLAH
Aku tadahkan kedua tanganku yg hina ini
Ku mohon padaMU
Ampuni dosa kedua ibubapa ku
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil
Lapang dan terangkanlah kubur mereka
Lepas mereka dari azab kubur
Dan masukkan mereka dalam syurga tanpa hisab.....

Airmata terus laju
Xmampu lagi untuk ku tahan.

Ya ALLAH
KAU YANG MAHA MELIHAT..........Saksikanlah hambamu ini menangis
KAU YANG MAHA MENDENGAR.........dengarkanlah doa seorang anak untuk ibu bapanya
Aku kini berserah padaMU.





Lafaz Yang Tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu


Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu


Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Apakah yang hilang andai di lisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata


Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Ikhlas:-
Syed Muhammad Suffian bin Siti Rakiah
Syed Muhammad Suffian bin Syed Tahir
Wisma 4 - Bangunan SHELL Cyberjaya


Wednesday, May 13, 2009

So Long my friends...






Salam dan pelukan ukhuwah terakhir dari sahabat dan teman2


Insyallah, kita akan bertemu jua jika diizinkan kelak olehNYA.



Keluarga Besar ukhuwahku di Penang-multi racial but atas Tauhid Yang Satu - ALLAH


Pasti tak ku lupa wajah2 kalian hingga akhir hayat :)



Saat melavish Roti Tisu di Kayu Nasi Kandar.
Pasti tak ku lupa Keindahan Bachelor Nite Usrah GBS :)




Selamat Tinggal Penang

Berat betul kaki nak melangkah meninggalkan Penang selepas 3 tahun 2 bulan disini.
Airmata menjadi tazkirah dalam usrah terakhir
bersama sahabat & teman rumah Bro Asyraf Tan

Friend in need is Friend indeed!!!

Jaulah bersama2 ke Cameron Highland, Kelantan, Kedah, Perak
- memori indah sukar nak dipadam dari ingatanku.


Teringat aku akan hadis :-
Berkata Abu Hurairah r.a : bahwa Nabi saw telah bersabda: “Ada tujuh kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya. Antaranya ialah :-dua orang yang saling mencintai karena Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah.
(Hadith riwayat Bukhari - Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain.
Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
Manjawap pemuda itu "Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT"
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.
(Hadith riwayat Muslim).


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails