Thursday, September 11, 2008

Total Action - Jejak Fakir

( Hujan turun dengan lebatnya...)

(Sumbangan kepada Guru Quran)
Ada sorang makcik, kawan kepada makcik dalam pic ni tanya
" makcik tak dapat ka?"
Ish...serba salah plak kami...
Berpandangan antara satu sama lain, rasa kesian pun ada, rasa nak kasi pun ada.
Tiba2 Yusni bersuara " Kami bukan tak nak kasi makcik, tapi kami ikut nama yang ada dengan Lebai Azmi"

(Meredah air dalam hujan)


(Berhujan)



Sabtu - 06/09/2008 - Jejak Fakir di Jelutong

Lebai Azmi yang tinggal di Masjid Jelutong telah membawa kami dari rumah ke rumah.

Alhamdulillah, payung telah menyelamatkan kami dari basah kuyup petang tu.

Sekali sekala kena lompat becak dan lecah di jalan.


Antara yang terlibat dalam program Hj Khair, Zabri, Yusni, Adlan, Omar, & Zaki.

Jejak Fakir di Jelutong pada 6 Sept dalam keadaan hujan lebat, kami berjalan rumah ke rumah menghantar bantuan.

Ada seorang mak cik bertanya, makcik tak dapat ke?

Serba salah rasa hati dan kami saling berpandangan antara satu sama lain.

Tak sanggup kami nak tengok makcik tu...

Lalu Yusni cakap bukan tak nak kasi sebab namanya tiada dalam senarai.


Antara penerima ada orang tua, sakit, miskin, janda, guru quran dan sebagainya.
Sebanyak RM 240.00 dibelanjakan...

Sedih, kasihan, hiba semasa Jejak Fakir di Jelutong.

Berjalan dicelah2 rumah beratap zink ala2 setinggan.....
mcm nak roboh,
malah ada yg dhoif dan uzur,
macam reban ayam.


Rasa sebak tengok budak2 kecik atau anak2 penerima yg tinggal di situ.

Memandang jauh kedalam mata mereka, seolah2 memandang anak2 saudaraku sendiri dirumah.

Ku insafi diri, bahawa walaupun aku dari kampung, tapi masih 1000x lebih baik penghidupan berbanding mereka yg aku ziarahi & kulihat arini.

Sebenarnya sampul duit hari raya tu hanya berisi RM20 ajer...

Apalah sangat yg boleh dibeli dengan RM20 sekarang.

Tak mampu aku memikirkan tentang hal itu.


Dalam hati aku berdoa, semoga dapat kerja baru dengan gaji yg lebih besar supaya tahun depan aku sendiri nak infaqkan duit utk program Jejak Fakir ini.


Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa`at.
(QS Al Baqarah - 254)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(QS At Taubah 111)


Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman:
"Hendaklah mereka mendirikan salat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau pun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.
(QS Ibrahim 31)



Ahad 07/09/2008 - Jejak Fakir Flat 100, Georgetown

Flat 100 ni adalah flat MPPP, disewakan RM100/bln kepada penyewa2 atau golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang.

Rumah 2 bilik yg amat sempit.
Kalau di KL, boleh kira mcm Flat DBKL/Flat Pekeliling.




(Menunggu di surau Flat 100)


(Feel the experience)


(Nenek tua umur lebih 70 tahun, rumah pun takde elektrik, kena potong tak mampu bayar)


(Dlm senyum itu ada duka lara tak siapa yg tahu)


(Derita jiwa, derita kita semua, berat mata memandang, berat bahu yg memikulnya)

Hatiku paling terkesan dengan makcik ni.
Usia dalam 70 atau 80 tahun, tak bekerja, tapi hatinya sungguh mulia.
Kerna apa ku katakan mulia?
Walau pun dia susah, miskin, dia masih sanggup menjaga seorang insan cacat yg bukan darah dagingnya sendiri, tak mempunya kaki, hanya mengengsot atas lantai.
Sewaktu kami datang, kakak tu walau dalam keadaan tak sempurna, girang menyambut kami, bergerak dalam kedaan susah dan payah ke muka pintu.
Kami ingatkan anak dia sendiri, tapi rupa-rupanya anak jiran katanya.
Adik beradiknya tak nak menjaganya, so makcik ni cakap "selagi ada hayat saya, saya akan jaga dia"
Pergh...emosional betul time tu..
Anak belaan dia tu dah berusia 55 tahun!!!


Singgah di setiap pintu, sebelum kaki melangkah ke pintu seterusnya, kami minta didoakan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur supaya tahun depan dapat buat Jejak fakir lagi.





(Mengisi duit dalam sampul raya)

Next Jejak Fakir esok + lusa (Sabtu 13 ) di Flat Rifle Range

Flat ni ada kisah dia tersendiri.
Thn lepas Yusni+Zabri pernah pergi.
Penghuninya diancam gerakan missionary Kristian
mereka datang menabur bantuan dan mengharapkan penduduk2 convert masuk Kristian!!!
Nauzubillah!!!

Ahad 14 Sept akan ke GH menyampaikan sumbangan utk pesakit2 gi Hosp PPinang

So far, duit tabung jejak fakir ada RM1000 kot...


2 comments:

Adlan said...

adoi.. kenapa gambar aku je banyak nih.. mana gambar2 syed?

Anonymous said...

salam ~
camner nak sumbangkan ke Tabung Fakir ? ada no. A/C ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails