Thursday, September 25, 2008

Total Action - Jejak Pesakit GH



Pakcik ni menangis terisak isak bila melihat kami datang & bertanya khabar.
Betullah kata org, ukhuwah Islamiah itu bukan atas nama sedara tak sedara, tapi ukhuwah itu atas nama Islam menjangkaui batas usia, bangsa, agama dan seumpamanya.

Bakal2 mujahidah ni


Anak teruna saper neh? Alhamdulillah...
Sejuk mata mandang


Semua yg terlibat.
Baju batik tu team GH ( Dr Ali, Hj Nasir, dll)


Haji Nasir "Cukup ke hadiah ni, cuba kira balik?"
Kakak baju batik "Semalam lepas sahur saya kira cukup, awat arini tak ckup plak?


Opps, nak jatuh nak..sambut sambut sambut...


Tula, lain kali jgn merempit, kan dah masuk spital.
Sape yg susah? Diri sendiri jugak.
Yusni "Neh, nak habaq, sakit2 pun kena solat tau"
Pesakit "Camne bang, xleh amik air semayang ni?
Yusni "Neh, tgk panduan solat pesakit ni, ISLAM ITU MUDAH"
Pesakit "Ok"

Insyallah, thn depan jumpa lagi

x

Alhamdulillah Feat Amanda - Opick



Total Action - Jejak Fakir 2


Jejak Fakir 2 di Flat Rifle Range


Doakan kami ye kak....


Hj Khair menyampaikan sumbangan


Mak takde umah, gi keje, tinggal abang je jaga adik2 4 orang.


OKU, berkerusi roda, tinggal sorang2 ajer. Kadang2 ada adik beradik datang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya :)



Tingginya Flat Rifle Range ni, ada 6/7 blok kesemuanya...


Kakak ni cakap, dia ada anak 8 org, kecik2 lagi, bawah 12 thn

Menunggu di lif

Ok...dah nak balik...


Friday, September 19, 2008

Time Flies


.


Salam perpisahan buat teman

18 Sept 2008

Bro,
Arini genap sebulan lu blah dari opis (Dell),
blah dari geng GBS,
blah dari Penang Darul DAP.
Pejam celik, pejam celik, sebulan dah rupanya...

Skrg usrah dah tak mcm dulu, dah kurang "menyengat".
Skrg ni, kdg2 usrah nak dapat 5 org pun susah beb.
Geng2 kawin ( Sa'ban, Syed Faizal, Azwan, dll) manjang je tuang atas alasan keluarga.
Esok agaknya kita dah kawin, mcm tu gak kot.
Risau gak aku bila nengok firman ALLAH ni:-

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
(QS Al Anfal-28)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah.
Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(QS Al Jumuah -9)


KBN = Keindahan Bachelors Nite dah dibubarkan oleh Izuan lepas ko xde.
Now no more KBN melavished dengan seafood, no more watching movies using projector, no more Jalan Jalan Cari Makan to Radix FC, etc.

Memula rasa boring gak,
especialy kat opis.

Biasa kite akan ke surau jamaah Zohor dan Asar, but now aku la sorang2.
Dulu kalau tak hang beam aku, aku beam hang.
Skrg xde sapa2 nak beam, kena ingat sendiri2.
It's doesn't mean selalu nak peringat, but this is what a fren for.
Am I correct?
Correct, correct, correct!



Kalau dulu Isnin & Khamis,
kita poser sunat, lepas tu berbuka di Pak Hussein Tomyam atau di Cafe Jambu,
lepas tu dengar kuliah di Masjid Sg Ara, now no more those stuff.

Life changed a lot bro...

Tak perlah, sahabat datang dan pergi dalam hidup kita.
So do with hang kan?
Surely KL lagi banyak kawan compared to Penang.
More happening kawan2nya, more literate, more up to date.

Seminggu lepas ko blah KL,
Urwah ada sms aku, mintak no hang.

Hopefully hang dah join usrah dia kat sane.

Kitorang kat sini baik2 ajer.
Lu tak merasa, aritu time Permatang Pauh by election.
Best siot jadik MAFREL.
Ciwi, jumpa pak-pak & mak mak menteri
Siap salam ngan DSAI lagik...huhu...

Ko ingat mlm kira undi tu, aku sms ko sampai kol 11/12mlm kot...
Bulan tu bill Maxis cecah ratus siot...
Takper lah, mujur DSAI memang, else apa pun tak dapat.


Bulan poser nih, tadarus tak mcm tahun2 lepas dah.
Kalau dulu Matzab, Izuan, Ong, Omar, Pitman,
kami dok baca semuka dua kat Masjid USM, now no more.

Matzab, as usual, masuk sarang awal sejak kawin...( he he he)
Yang lain2, ntah, hilang ditelah waktu....




Ko pasan tak?
1st two in front row dah meninggalkan usrah GBS.
Yg korang lagik tu, ada possibility ke? hehe
Segalanya mungkin...


Cenderahati bukan cenderamata
Sebab apa cenderahati?
Ingat sampai bila2 sebab dari hati
Kalau cenderamata, ilang dimata, ilang gak dihati...huhuhu



Buat Teman

Tak terasa bila kau pergi,
tapi sayu bila kau tak kembali

Mencarimu dengan hati suci,
lebih indah dari memiliki, tapi tak menghargai

Kau datang tanpa seruan,
Kau pergi tanpa alasan

kejarlah dia (persahabatan),
sebelum ia hilang dari pandangan
kerana hadirnya anugerah tiada bandingan


Pesan Imam Shafie

Aku mencintai sahabatku, dengan segenap jiwaku

Sahabat yang baik adalah seiring denganku,
dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas mati.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan merasa senang

Semakin aku ramai sahabat
Semakin aku percaya diri

Aku selalu berharap mendapat teman sejati
Yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka
Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..

**Imam Shafie**


Tuesday, September 16, 2008

Masihkah aku menulis..?

By Ruli Amirullah






Jika disetiap tulisan yang aku buat tentang ayat-ayatMu..

Aku mendapat hinaan..

Hinaan yang sama seperti yang Rasul dapatkan disaat Beliau menyebarkan ayat-ayatMu..

Masihkah aku tetap kuat untuk menulis?


Jika disetiap tulisan yang aku buat tentang kasih sayangMu..

Aku mendapat caci maki..

Caci maki yang sama seperti yang Rasul terima saat Beliau menyebarkan kasih sayangMu..

Masihkan aku tetap konsisten untuk menulis?



Jika disetiap tulisan yang aku buat tentang kebesaranMu..

Aku mendapat lemparan pasir, kotoran dan batu..

Lemparan pasir, kotoran dan batu yang sama seperti yang Rasul terima saat Beliau menyebarkan kebesaranMu..

Masihkah aku tetap tersenyum saat menulis?



Jika disetiap tulisan yang aku buat tentang cintaMu..

Aku mendapat ancaman pembunuhan..

Ancaman pembunuhan yang sama seperti yang Rasul terima saat Beliau menyebarkan cintaMu..

Masihkan aku tetap bahagia dengan menulis…?



Allahuma shalli ala Muhammad, yaa rabbi shalli ‘alaihi wa sallim..

Ya Rabb,

Pertemukan aku dengan Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..

Aku mohon Ya Allah..

Aku mohon..




Rindu kami padamu ya Rasul

Rindu tiada terperi

Berabad jarak darimu ya Rasul

Serasa dikau di sini



Cinta ikhlasmu pada manusia

Bagai cahaya surga

Dapatkah kami membalas cintamu

Secara bersahaja


Thursday, September 11, 2008

Total Action - Jejak Fakir

( Hujan turun dengan lebatnya...)

(Sumbangan kepada Guru Quran)
Ada sorang makcik, kawan kepada makcik dalam pic ni tanya
" makcik tak dapat ka?"
Ish...serba salah plak kami...
Berpandangan antara satu sama lain, rasa kesian pun ada, rasa nak kasi pun ada.
Tiba2 Yusni bersuara " Kami bukan tak nak kasi makcik, tapi kami ikut nama yang ada dengan Lebai Azmi"

(Meredah air dalam hujan)


(Berhujan)



Sabtu - 06/09/2008 - Jejak Fakir di Jelutong

Lebai Azmi yang tinggal di Masjid Jelutong telah membawa kami dari rumah ke rumah.

Alhamdulillah, payung telah menyelamatkan kami dari basah kuyup petang tu.

Sekali sekala kena lompat becak dan lecah di jalan.


Antara yang terlibat dalam program Hj Khair, Zabri, Yusni, Adlan, Omar, & Zaki.

Jejak Fakir di Jelutong pada 6 Sept dalam keadaan hujan lebat, kami berjalan rumah ke rumah menghantar bantuan.

Ada seorang mak cik bertanya, makcik tak dapat ke?

Serba salah rasa hati dan kami saling berpandangan antara satu sama lain.

Tak sanggup kami nak tengok makcik tu...

Lalu Yusni cakap bukan tak nak kasi sebab namanya tiada dalam senarai.


Antara penerima ada orang tua, sakit, miskin, janda, guru quran dan sebagainya.
Sebanyak RM 240.00 dibelanjakan...

Sedih, kasihan, hiba semasa Jejak Fakir di Jelutong.

Berjalan dicelah2 rumah beratap zink ala2 setinggan.....
mcm nak roboh,
malah ada yg dhoif dan uzur,
macam reban ayam.


Rasa sebak tengok budak2 kecik atau anak2 penerima yg tinggal di situ.

Memandang jauh kedalam mata mereka, seolah2 memandang anak2 saudaraku sendiri dirumah.

Ku insafi diri, bahawa walaupun aku dari kampung, tapi masih 1000x lebih baik penghidupan berbanding mereka yg aku ziarahi & kulihat arini.

Sebenarnya sampul duit hari raya tu hanya berisi RM20 ajer...

Apalah sangat yg boleh dibeli dengan RM20 sekarang.

Tak mampu aku memikirkan tentang hal itu.


Dalam hati aku berdoa, semoga dapat kerja baru dengan gaji yg lebih besar supaya tahun depan aku sendiri nak infaqkan duit utk program Jejak Fakir ini.


Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa`at.
(QS Al Baqarah - 254)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
(QS At Taubah 111)


Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman:
"Hendaklah mereka mendirikan salat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau pun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.
(QS Ibrahim 31)



Ahad 07/09/2008 - Jejak Fakir Flat 100, Georgetown

Flat 100 ni adalah flat MPPP, disewakan RM100/bln kepada penyewa2 atau golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang.

Rumah 2 bilik yg amat sempit.
Kalau di KL, boleh kira mcm Flat DBKL/Flat Pekeliling.




(Menunggu di surau Flat 100)


(Feel the experience)


(Nenek tua umur lebih 70 tahun, rumah pun takde elektrik, kena potong tak mampu bayar)


(Dlm senyum itu ada duka lara tak siapa yg tahu)


(Derita jiwa, derita kita semua, berat mata memandang, berat bahu yg memikulnya)

Hatiku paling terkesan dengan makcik ni.
Usia dalam 70 atau 80 tahun, tak bekerja, tapi hatinya sungguh mulia.
Kerna apa ku katakan mulia?
Walau pun dia susah, miskin, dia masih sanggup menjaga seorang insan cacat yg bukan darah dagingnya sendiri, tak mempunya kaki, hanya mengengsot atas lantai.
Sewaktu kami datang, kakak tu walau dalam keadaan tak sempurna, girang menyambut kami, bergerak dalam kedaan susah dan payah ke muka pintu.
Kami ingatkan anak dia sendiri, tapi rupa-rupanya anak jiran katanya.
Adik beradiknya tak nak menjaganya, so makcik ni cakap "selagi ada hayat saya, saya akan jaga dia"
Pergh...emosional betul time tu..
Anak belaan dia tu dah berusia 55 tahun!!!


Singgah di setiap pintu, sebelum kaki melangkah ke pintu seterusnya, kami minta didoakan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur supaya tahun depan dapat buat Jejak fakir lagi.





(Mengisi duit dalam sampul raya)

Next Jejak Fakir esok + lusa (Sabtu 13 ) di Flat Rifle Range

Flat ni ada kisah dia tersendiri.
Thn lepas Yusni+Zabri pernah pergi.
Penghuninya diancam gerakan missionary Kristian
mereka datang menabur bantuan dan mengharapkan penduduk2 convert masuk Kristian!!!
Nauzubillah!!!

Ahad 14 Sept akan ke GH menyampaikan sumbangan utk pesakit2 gi Hosp PPinang

So far, duit tabung jejak fakir ada RM1000 kot...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails