Friday, August 1, 2008

Beliau tentu tersenyum...



Saudara seISLAM ku

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan izin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...
Beliau datang dengan memberi salam,
kemudian tersenyum dan muka bersih berseri di muka pintu rumah kita.
Apa yang nak kita akan perbuat?



Mestinya kita akan sangat berbahagia,
memeluk beliau erat-erat dan dengan ramah mempersilakan beliau masuk ke bilik tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari dirumah kita.



Beliau tentu tersenyum...
Tapi mungkin kita meminta pula Rasulullah saw menunggu sekejap didepan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18SX yang ada di ruang tengah dan kita bergegas pindahkan dahulu sembunyikan VCD itu.


Beliau tentu tersenyum...
Atau mungkin kita ingat akan :-
Lukisan wanita separuh bogel yang kita tampal di dinding di bilik tamu kita,
Gambar separa lucah,
Gambar artis kegemaran
Gambar artis pujaan
Gambar mesra dengan awek di bilik tidur,
Komputer, Laptop, mobile phone, yang terpaksa juga disembunyikan dengan segera.
Mungkin kita pindahkan hiasan nama Allah dan Muhammad yang ada di bilik tengah ke bilik tamu.
Agar Rasul dapat melihat hiasan itu




Beliau tentu tersenyum...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita?
Mungkin kita jadi malu bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Lebih fasih menyanyi daripada mengaji atau membaca Al Qurʼan.

Mungkin kita jadi malu bahawa anak-anak kita tak tau sedikit pun sejarah perjuangan Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajarkan kepada anak-anak kita.


Beliau tentu tersenyum...
Mungkin kita jadi malu bahawa anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya
tetapi hafal di luar kepala nama pemain bola Euro 2008
atau nama-nama selebriti AF1, AF2,
AF3, AF4, Gangtars dan seterusnya...
Mungkin kita terpaksa mengubah satu bilik menjadi bilik solat.
Selama hari ini rumah kita tak lansung mempunya bilik solat.


Mungkin kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.
Kalau pun ada, berjilbab tapi baju yang ketat yang menampakkan bentuk tubuhnya.


Beliau tentu tersenyum...
Belum lagi koleksi buku-buku, majalah-majalah Mangga, URTV, FHM, Go Places, dan lain lain
Koleksi CD-CD kita,
koleksi karaoke, film, dvd dan sebagainya.
Kemana kita harus sembunyikan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Mungkin kita malu diketahui Junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun adzan terdengar dari surau..


Beliau tentu tersenyum...
Mungkin kita menjadi malu karena pada disaat Azan berkumandang,
keluarga kita
masih sibuk di depan TV.
Acuh tak acuh dengan seruan itu.
Masih menonton Wulan, Ezora, Bawang Putih Bawang Merah, cerita sikecil Nabila dan lain2 lagi




Kita jadi malu ke masjid kerana takut di bilang alim,
tetapi tidakkah kita malu kerana kita habiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi.
tetapi tidakkah kita malu kerana keluarga kita tidak pernah mengerjalan solat-solat sunat

tetapi tidakkah kita malu kerana keluarga kita enggan membaca Al Quran apalagi tak mahu belajar dan diajar?
tetapi tidakkah kita malu bahawa kita tidak mengenal jiran-tetangga kita.
tetapi tidakkah kita malu kerana bergambar dengan orang yang bukan muhrim yg telah kita sentuh dan peluk?


Atau kita jadi malu kalau Rasulullah SAW menanyakan kepada kita
siapa nama tukang pungut sampah yang setiap hari lalu di depan rumah kita.
Atau kita jadi malu
jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan alamat penjaga masjid di kariah kita.
Betapa senyum beliau masih ada disitu...


Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan tolak beliau berkunjung ke rumah kita kerana hal itu akan sangat membuat kita payah dan malu.

Maafkan kami Ya Rasulullah.....
Masihkah beliau akan tersenyum?



Senyum yang pilu...
Senyum yang sedih,
dan senyum getir...
Oh, betapa memalukan...
Itulah kehidupan kita saat ini di hadapan Rasulullah...
Padahal tatkala diakhir hayatnya kitalah yg Rasul SAW sebut2 sebagai UMMATI, UMMATI...







Rindu Kami Padamu - Bimbo







Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails