Wednesday, May 26, 2010

Mencari Diri



Maka berjalanlah engkau dimuka bumi ini.

Dengan mata,
Apakah engkau tidak melihat?

Dengan telinga,
Apakah engkau tidak mendengar?

Dengan hati,
Apakah engkau tidak merasa?

Sungguh!!!
Bukan matamu yang buta,
Tetapi hatimu didalam dada!!!



Monday, May 24, 2010

kesana kemari



Sejak dua minggu lepas, sibuk kesana kemari menghadiri interview.

Jumaat : Japan Tobacco International- Menara RB Manulife, Damansara

Isnin : Ivis Group - TPM Bukit Jalil

Selasa : Aker Solution (Oil & Gas) - Menara HLA

Khamis : Infineon Technologies (Fab Manufacturing) - Melaka

Selasa : Bank Muamalat - KL

Sebenarnya tak de benda yg challenging pun dalam interview skrg.
Cuma ada satu interview yg aku suka, dgn Aker Solution, interviewer tanya pasal visi + misi kehidupan ku dalam berkarier.

Mmg interesting sebab you can see the wisdom, vision of a great leader that he portayed if I cud work under him.

Technical skills boleh dipelajari (IQ), tapi EQ dan SQ tak ramai org yg ada...

Masih menanti keputusan interview mingu2 lepas....

Insyallah, yang terbaik dariNYA utk ku.

Sunday, May 23, 2010

Rasa itu ku telan

Rasa itu ku telan

Entah mana silapnya.

Dikala dia susah aku tiada.

Mungkin silap aku juga.

Silap.

Aku silap.

Aku jahat.

Apa aku tegar melihat dia susah tanpa berbuat apa-apa.

Tapi apa boleh aku buat.

Keadaan tidak mengizinkan.

Bukan alasan.

Tapi aku tak punya kuasa untuk itu.

Hanya mampu berdoa, agar dia tenang di sana.

Tak pernah fikir olehku.

Tak sedikit pun ku bayangkan.

Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri.

Begitu sulit ku bayangkan.

Begitu sempit ku rasakan.

Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri.

Dahulunya di kutip.

Sekarang harus tahu jalan pulang.

Aku tidak sekuat yang dia sangka.

Malah aku tidak punya kekuatan untuk itu.

Tapi langkah harus ku teruskan.

Dia tidak lagi butuh aku.

Tapi aku tidak berganjak.

Aku tetap akan bertahan di sini.

Aku punya hati.

Hati yang perlu di jaga.

Tapi aku korbankan.

Demi dia.

Dia.

Aku doakan dia bahagia.

Hanya mampu melihat dari jauh.

Tapi..

Jangan kau lupa, aku masih tetap bertahan.

Bertahan.

Sampai kapan pun.

Itu janji.

Friday, May 21, 2010

Belon dan Kehidupan






Ada seorang lelaki yang hidupnya bekerja sebagai penjual belon di funfair. Setiap hari, jika jualan belonnya kurang, dia akan melepaskan satu belon helium, belon itu akan terbang ke atas, kanak-kanak yang melihatnya akan mahukannya dan secara tidak langsung jualan belon akan meningkat.


Suatu hari, bila jualan belonnya berkurangan, dia melepaskan satu belon merah, tiba-tiba jaketnya ditarik dari bawah..Bila dia pandang ke bawah, terlihat seorang budak lelaki.


Budak kecil tu bertanya,”kalau pakcik lepaskan belon merah yang lagi satu tu, adakah ia akan terbang ke langit juga?” Dengan ringkas pakcik belon tu menjawab,” adik, ia bukan sebab warna belon tu membuatkan ia akan terbang, tapi apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang membuatkan ia terbang ke langit.”


Apakah kaitan cerita di atas dengan kehidupan kita ?
Sedar atau tidak, prinsipnya adalah sama dengan kehidupan kita. Apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang boleh buat ia terbang ke atas? Dan apa yang terkandung dalam diri kita yang boleh buat diri kita berjaya ? Setuju tak kalau saya katakan ianya adalah sikap kita ?


Teringat kata-kata my ex boss, katanya dalam segala hal, apa yang paling penting value on you. Kalau nilainya kaca, simpan dan letak kat mana sekali pun, nilainya tetap kaca tapi kalau nilai kita adalah permata, kat ceruk mana sekalipun orang akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.



Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, aku sibuk kesana kemari mencari kerja baru yg lebih baik utk AKHIRATku, dan DUNIAku.


Solat sunat Dhuna dan Istiqarah mula ku amalkan sejak beberapa minggu lepas.
Bukan semata2 mengharap sesuatu, tapi sebagai lambang pergantungan sepenuhnya pada ALLAH.


Semoga DIA akan memberi yang terbaik utkku.

Amien.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails