Cuma sehari dua ni, sedikit down.
Seorang sahabat, office mate dijemput ALLAH.
Dia dilanggar oleh seorang wanita mabuk umur 23 tahun sewaktu sedang mengisi minyak di BHP Cheras, berhampiran HUKM.
Wifenya patah bahu, anaknya yang berusia 2 tahun tercampak keluar dari kereta semasa kejadian, tapi ALLAH ALMIGHTY, anaknya selamat, tiada kecederaan.
Berita disini:-
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/29/nation/20100329151308&sec=nation
Video semasa kejadian disini:-
Gambar tempat kejadian disini:-
http://forum.lowyat.net/topic/1372611/+20
Dalam perjalanan balik ke rumah dari opis, terdengar sajak ini di IKIM, baru saya tersedar dari lupa dan lena yang panjang tentang hayat dan hidup kita ini:-
MengenaliMu, Ya Allah
Rasanya makin merindu
Yakin, itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku, kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan Al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makna mendalam
Sudah ku terima kenyataan
Bahawa alam jagat
Dan seluruh makhluk ini
Ada yang menjadikan
CiptaanMu, Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang.
Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
NamaMu sentiasa di bibirku
Dan degup jantungku
Sentiasa mengingatiMu
Adalah tandaku
Dalam ikatanMu.
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagatMu
Bergerak, bekerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan insan dan umatMu
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
InayahMu, Ya Allah
Maka aku sentiasa mengingatiMu.
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh suatu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.
Maka tahu aku, Ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan hafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan
Bila sampai dirumah, baring nak tido, saya jadi takut!
Bukan takut mati, tapi takut ALLAH tarik nyawa saya dalam salah satu helaan nafas naik atau turun masa tidur.
Dah la dok rumah sorang2, kalau mati, xde orang tahu.
Amal jangan cakap la...tersangatlah kurang
Dosa je yang menimbun banyak nya :(
Bahawa, kehidupan kita ni sangatlah singkat,
Hidup dan mati, hanya dipisahkan oleh nafas turun dan naik dalam beberapa milisaat.
Benarlah kata Imam Al Ghazali
1) Apakah yang paling ringan pada diri kita? MENINGGALKAN SOLAT
Sewenang-wenangnya lengah2kan solat, bahkan sengaja tinggal dek kerana mcm2 urusan dunia.
tengok TV la..makan la...tengok bola, bersembang, tidor, dll
2)Apakah yang paling berat dengan diri kita? MEMIKUL AMANAH
Seberapa ramai manusia hari ini yang lalai dgn amanah mereka?
Amanah sebagai hamba pada Tuhannya
Amanah sebagai umat pada Rasulnya
Amanah sebagai anak pada Ibubapanya
Amanah sebagai suami/isteri pada pasangannya
Amanah sebagai bapa/emak pada anak2nya
Amanah ditempat kerja, dll.
3) Apakah yang jauh dengan diri kita? MASA SILAM
The past, will never come back to us, no matter how loud we cried hatta sampai keluar airmata darah sekalipun!
4) Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita? KEMATIAN!
Ya benar sekali, mati itu dekat sangat2 dgn diri setiap insan.
Hela nafas naik dan turun itu, ALLAH pasti ambil nyawa kita.
Betapa mudahnya, kita kembali pada ALLAH
Betapa rapuhnya seorang insan yang mengaku dialah paling hebat didunia.
Dialah menteri, dialah guru, dialah ADUN, dialah pengurus, dia lah segala2nya.
Tapi bila ALLAH ambil nyawa kita, sedektik, hatta lebih singkat dari kerdipan mata pun kita tak boleh nak tangguh.
So siapa kita sebenarnya?
Mana pangkat/kuasa/power yg kita perasan kita miliki hari ini?
Huh...berpeluh pikir malam2 persoalan ini.
YA ALLAH...
terima kasih atas peringatan ini, walaupun amat pedih pengajarannya....
hatta dengan kematian seorang rakan opis.