Wednesday, December 23, 2009

Sesekali Aku Di Uji


Saudaraku,
Kiranya pada saat ini kau dilanda kesedihan
Jantungmu bagai ditusuk sembilu
Hatimu tersiat hancur






Akalmu buntu
Kaki dan tanganmu kaku bagai kerasukan
Puncanya hanyalah kata-kata nista saudara kandungmu
Perebutan daki dan kerak harta dunia






Umpat keji atau hanya gerak anggota badan sinis iparmu
Paling hebat tindakan-tindakan manusia menekanmu





Saudaraku
Ingatlah,
Manusia-manusia Agung zaman lampau
Tidak terkecuali daripada cubaan, dugaan dan ujian




Rasul SAW kalau dijadikan perbandingan
Dialah Raja Segala Raja
Yg paling banyak menerima siksaan kaumnya
Yg paling banyakmenerima ujian Tuhannya
Yang paling tulus dan ikhlas kepada umatnya
Dialah raja di syurga!!!


Saudaraku...
Abu Hanifah mati dipenjara kerana ilmunya
As Syafie dirantai kaki dan tangan kerana hujahnya
Ibnu Hambal hampir menemui ajal dipenjara kerana mempertahankan maruah Al Quran
Ibnu Taimiyah juga terpenjara kerana keberaniannya dan maut pula menjemputnya disitu



Al Hallash redha dijatuhi hukuman mati semata-mata maslahah ummah
Al Banna dibunuh kerana menunjuk anak watannya jalan utk kembali
Ibnu Mukhtar direnggut nyawa oleh sang algojo penjajah demi maruah ummat dan watan
Ibnu Qutb juga ketali gantung kerana kasih kepada agama, watan dan negaranya


Disitulah lahir dibawah lembayung Al Quran daripada jari jemarinya yg menggerakkan Qalam



Saudaraku
Tanyalah imanmu
Siapa kamu?
Siapa juga aku?
Disisi mereka ini?
Cukupkah sudah dengan hanya sekadar mengeluh?!
Membilang epilog demi epilog hidupmu?!
Yang jawapannya hanyalah kekecewaan
Tanpa berusaha bangkit kerana sedihnya amat


Saudaraku jangan bersedih...



Sajak ini benar2 menusuk jauh kedalam hatiku....
Mana tidaknya...
Epilog demi epilog berlaku dalam idup aku lately.
Memang benar, dunia ni memenatkan penghuninya
Kalaulah takde akhirat, apa lah agaknya jadi pada kita...
Dimana keadilan tanpa akhirat bukan?
Sabarlah Syed.....
Ingat pesan ibumu
Tuhan kita hanya SATU...
DIA lah tempat kita meminta
DIA lah tempat kita mohon pertolongan
DIA lah Yang Maha Mendengar
DIA lah Yang Maha Melihat
DIA menjadi saksi...
Carilah REDHA ALLAH dengan marahnya manusia, nescaya kau akan dicukupkan oleh ALLAH akan keperluan manusia.
Bersabarlah wahai hatiku yang duka...

Friday, December 11, 2009

CERMIN DIRI

DISAAT MELIHAT KE DALAM DIRI






Tatkala ku datangi sebuah cermin
Nampak sesusuk wajah kacak yang sangat lama ku kenal dan sangat sering kulihat

Namun aneh , sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat


Tatkala kutatap wajah , hatiku bertanya
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang kelak akan hangus legam di neraka Jahannam?!




Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya
"Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan….
Menatap wajah Allah , menatap wajah Rasulullah , menatap wajah kekasih-kekasih Allah kelak?"
"Atau mata inikah yang akan terbeliak , tersembul , menganga , terburai menatap
wajah Neraka Jahannam?"
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata , apa gerangan yang kau tatap selama ini ?



Tatkala kutatap mulut , apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh
kerinduan ..
Mengucap "Laa ilaaha ilallah" disaat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukah menjadi mulut ternganga dengan lidah menjulur , dengan jeritan pilu yang akan mencabut sendi-sendi setiap pendengar?!
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahannam ..
yang akan menghangus ,menghancur setiap usus.




Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang mengiris tajam?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu yang engkau ucapkan untuk menipu?
Betapa jarang engkau berkata jujur.
Betapa mudahnya engkau syahdu memohon agar ALLAH mengampunimu.



Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang manis?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang mengiris tajam
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu yang engkau ucapkan untuk menipu ?
Betapa jarang engkau berkata jujur.





Tatkala kutatap tubuhku.
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya …
Bersinar , bersukacita , bercengkerama di syurga ?
Atau tubuh ini yang akan tercarik hancur , mendidih , di dalam lahar
membara jahannam , terpasung tanpa ampun , derita yang tak pernah berakhir?!



Wahai tubuh,
Berapa banyak maksiat yang engkau lakukan?
Berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu?
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau
tindas dengan kekuatanmu?
Berapa banyak perindu pertolongan yang engkau acuhkan tanpa peduli
padahal engkau mampu?
Berapa banyak hak-hak orang lain yang telah engkau rampas?



Ketika kutatap hai tubuh
Seperti apa gerangan isi hatimu?
Apakah isi hatimu sebagus kata-kata mu?
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu?
Apakah hatimu segagah ototmu?
Atau selemah daun-daun yang mudah layu?
Ataukah hatimu seindah penampilanmu?
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu?



Sungguh, amat berbeza
Apa yang tampak di cermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa beza apa yang tampak di cermin dan apa yang tersembunyi



Aku telah tertipu , aku tertipu oleh topeng
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng,
Hanyalah topeng belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng
Betapa yang indah ternyata hanyalah topeng..






Sedangkan aku …
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus rapi disebalik pakaian dan perhiasan dunia.




Aku tertipu ,
Aku malu Ya Allah
Ya Allah...selamatkan aku...
Amin Ya Rabbal ‘alamin



**Nukilan Rasa - Asyraf Tan**

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails