Monday, November 30, 2009

Aidil Adha Yang Sepi

Diari Hari Raya Haji

Khamis
Lepas Maghrib bertolak balik ke Jengka dengan Latip.
Anak sedara aku sorg tu xdapat tiket nak balik ke Sg Siput.
Tiba di Jengka kira2 jam 1AM due to traffic jammed di Karak Hiway.
Start dari MRR2 sampai ke simpang Bentong jem teruk.

Jumaat
Pagi solat sunat Aidil Adha di Masjid UJ.
Then solat Jumaat, petang lepak rumah ajer.

Sabtu
Pergi Jengka 16, rumah anak sedara arwah mak.
Then terus ke Kota Gelangi 2, mencari sedara, anak saudara ayah.
Cari punya cari, tanya punya tanya sampai aku dah naik give-up, at last ALLAH mentaqdirkan jumpa jugak dengan abang Yaakub.
Dah letih, penat pusing tiap2 blok dan jalan di Kota Gelanggi 2 tu

Nama betul dia Mior Yaakub bin Kulop Ahmad, yang kitorang dok cari Yaakub, mana nak jumpa.
Jumpa la rumah Yaakub Aji.
Rupanya nama dia masa kat kampung dulu2 lain.
Nama real dia lain.
Dah tiba rumah dia, makan nasi, gulai ikan lampam jawa gulai tempoyak.
Pergh...3 pinggan tambah + meratah lauk masak tempoyak.
Anak dara dia cun wooo...

Sembang punya sembang, anak dia Mior Riduan keje di Ambank Damansara Damai.
Haha, lepas nk boleh la berbaik2 dengan Mior, nak ejas kakak dia...wakaka
Sebelum balik Latip masuk line dulu...dah tukar2 no telefon dgn Duan...cis....potong line pak sedara nampak!!!


Ahad - Pagi
Keluar ke Bandar Pusat Jengka, beli barang2 dapur sebab Jumaat-Sabtu aritu sebuah kedai pun tak bukak kat sana.
Sume cuti raya sakan, even Bank Islam Jengka pun shutdown mesih ATM dia...Dahsyat!!!


Air Terjun Lubuk Yu

Kol 11tghari, aku ke Lubuk Yu.
Ramai gak orang, tengok ni gambar2 pemandangan di sana...



Signboard


Peta ke Lubuk Yu



Pemandangan di Lubuk Yu


Lubuk Yu from eyes of an ants



Air yang jernih...best woo mandi...

Lepas mandi manda, aku dari batu2 cegar sungai, nak buat batu Nesan utk arwah ayah dengan mak.
Kata org, batu sungai ni idup, so benda2 idup ni akan berzikir utk org dalam kubur sana.
Mcm tu gak pokok2 bunga yang ditanam atas kuburan.
No wonder la org suka tanam pokok puding ke, kemboja ke...ada manfaat rupanya.


Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, segala amalan terputus kecuali tiga perkara, iaitu doa anak soleh, amal jariah dan ilmu dimanfaatkan.
Bagaimanapun, dalam satu hadis lain ada menceritakan mengenai Rasulullah SAW melalui satu kawasan perkuburan.
Rasulullah memberitahu sahabat bahawa ada dua ahli kubur yang diseksa kerana mengumpat dan kerana tidak membersihkan najis. Baginda kemudian meminta dipatahkan daun pelepah tamar dan berkata: “Semoga azab kubur mereka diringankan selama mana daun itu basah.” Daripada hadis ini, jelas bahawa ahli kubur akan diringankan azab dengan adanya tasbih dari daun pokok, tetapi tidak pula dinyatakan perihal batu.

Tapi ada satu lagi hadis tentang batu nisan:-

أن يعلمه بحجر أو نحوه ليدفن إليه من يموت من أهله ، لحديث المطلب ابن أبي وادعة رضي الله عنه قال : " لما مات عثمان بن مظعون أخرج بجنازته فدفن ، أمر النبي صلى الله عليه وسلم رجلا أن يأتيه بحجر فلم يستطع حمله ، فقام إليها رسول الله صلى الله عليه وسلم وحسر عن ذراعية ، قال المطلب: قال الذي يخبرني عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: كأني أنظر إلى بياض ذراعي رسول الله صلى الله عليه وسلم حين حسر عنهما ، ثم حملها فوضعها عند رأسه ، وقال : أتعلم بها قبر أخي ،وأدفن إليه من مات من أهلي ".أخرجه أبو داود (2/69)وعنه البيهقي (3/412) بسند حسن كما قال الحافظ (5/229) ، والمطلب صحابي معروف أسلم يوم الفتح . وله شاهدان ذكرتهما في " التعليقات الجياد "

Dari al-Muthalib bin Abi Wadi’ah RA, dia berkata: Rasulullah SAW memerintahkan seseorang untuk membawakan kepadanya batu tetapi lelaki itu tidak mampu mengangkatnya. Maka Rasulullah SAW pun pergi ke tempat batu tersebut lalu beliau pun menyingsing lengannya (untuk mengangkat batu itu).

Berkata al-Mutholib: Orang yang mengkhabarkan kepada aku daripada Rasulullah SAW berkata:” Aku benar-benar melihat putih bersihnya kedua lengan Rasulullah SAW ketika baginda SAW menyinsing keduanya, kemudia baginda SAW mengangkat batu tersebut dan meletakkanya dibahagian kepala (kubur tersebut),

Lalu baginda SAW bersabda: Adakah engkau ketahui bahawa di sini kubur saudaraku, dan aku akan menguburkan di sini sesiapa daripada ahli keluarga ku yang mati.
(Dikeluarkan Abu Daud, al-Baihaqi dengan sanad yang hassan sebagaimana kata al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqaani)


Ahad - Malam
Bertolak balik dari Jengka lepas Asar.
Jln pun jammed gak.
Solat Jamak di Tol Bentong ajer.

Tiba UK Perdana, waktu Maghrib.
Lepas Isyak, bukak Radio Ikim...



Rindu Pada Yang Telah Pergi

Lepas dengar takbir kat radio tu,
Hati aku tiba2 jadi sayu...

Kenangan bersama ayah bonda berlegar2 dalam kotak fikiran.
Apa lagi, air mata dah tak dapat nak ditahan-tahan.
Panas ku rasa mengalir laju membasahi pipi dan baju


ALLAH hu Akbar
Raya Haji ni aku tak dapat ziarah kubur ayah bonda.
Sebab beraya di Jengka, lagipun xde apa di kampung tu dah selepas insiden pada hari raya ke-3 aritu...(?)



Mungkin ayah bonda mengharap doa dari aku.
Sedu sedan aku sorang2 atas sejadah tu bila memikirkan hal itu.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya"







Teringat kata2 Pak Ary dalam training ESQ:-

Apakah yang kau rindukan?
Susuk tubuh orang tua atau kasih sayangnya?

Apakah yang kau rindukan?
Selendang dan bajunya atau kasih sayangnya?

Sekarang sila jawap...
Siapa
yang meniupkan rasa kasih dan sayang itu kepada ibumu?

Bukankah DIA, ALLAH Ar Rahman, Ar Rahim?
DIA Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Jadi...
Siapa yang kau rindukan sesungguhnya!?

Ibumu atau ALLAH?

Siapa yang meniupkan rasa kasih dan sayang itu kepada ibumu?
Bukankah DIA, ALLAH Ar Rahman, Ar Rahim?

Siapa yang kau rindukan sesungguhnya?!
Sudah pasti ALLAH bukan?
Kau rindu pada sifat kasih dan sayang ibumu!
Kau rindu pada kelembutan ibu!
Tahukah engkau siapa dia Yang Maha Lembut itu
Dialah ALLAH Al Latif


Tapi kenapa selama ini kau jauh dari ALLAH?

Kenapa kau jauh dari Ar Rahman dan Ar Rahim itu?

Kenapa kau jauh dari Al Latif itu?!
Mohon ampun pada ALLAH.


Selama ini...
Kau jauh dari ALLAH
Selama ini...
Kau lupakan ALLAH dalam hidupmu



Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.
(Surah Maryam : Ayat 19)


Allah hu Akbar
Bergoncang dadaku...
Gemuruh jiwa dan raga bila ku saksikan kebenaran kata2 diatas itu.
Terus aku bersujud atas sejadah, mohon ampun dan berdoa utk kesejahteraan ayah dan ibuku...

Teringat pada Bro Alias MSC yang ada diMekah
Terus aku sms dia, kirim doa di Multazam dan Tanah Suci Mekah agar aku diberi ketabahan dan kesabaran sebagaimana Rasul SAW tabah tanpa ayah dan ibu sewaktu kecil dan sebahagian besar hidupnya.
Rasul juga tak punya adik beradik lelaki lain.
So why must I give a damn pada abang-abang aku yang banyak menyakitkan dan melukakan hati ku,
Bahkan mereka melukakan hati ayah ibu tanpa segan silu semasa mereka hidup.



Cukuplah ALLAH Bagiku
Acapkali dalam hidupku
Ujian datang dan pergi tanpa henti.
Kadang2 seolah2 tak berdaya lagi untuk ku harungi hidup ini.
Sejak kedua orang tua takde...
Macam2 perkara berlaku...

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak akan diuji?“
(Surah Al-Ankabut :Ayat 2)


“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah akan atang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”
(Surah Al-Baqarah :Ayat 214)


Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku". Kepada-Nya lah bertawakal orang-orang yang berserah diri."
(Surah Az-Zumar: Ayat 38)

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang –orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”
(Surah Al-Imran: Ayat 142)


Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat"
(Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Surah al-Baqarah:Ayat 186)



Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah az-Zumar :Ayat 53)



Monday, November 16, 2009

Friday, November 13, 2009

Kisah 12 Anak Yatim Darul Hidayah


Lawatan ke rumah anak Allahyarham Abdul Aziz.
Beliau meninggalkan 12 orang anak yang hampir kesemuanya masih bersekolah.


Akhi JIM Cheras, Ustaz Zul, Tn Syed Omar dari pandangan sisi



Majlis meraikan anak2 yatim di rumah Hj Amran.
Banglo atas bukit Darul Hidayah.
Khusyuk hadirin hadirat mendengar key note address dari Mat Jan, Ahli Majlis MPKj
Ada yang terus lena kat belakang tu :P

Dr Harlina memberikan sepatah dua kata (lebih berpatah2 kata) wakil pihak Wanita JIM.
Bukan senang nak jumpa Dr Harlina ni.
Ahli Majlis Kuala Selangor dengarnya beliau nih



Gambar kenangan Ustaz Zul + Dr Har + Hajjah Che Ah (tuan rumah) dengan anak2 Allahyarham Abdul Aziz.

Ada orang tu cakap "segak2 no anak arwah ni"
Soalan utk kameraman "nak masuk minang ke?"

DIPERSIMPANGAN DILEMA


Yang Mana Satu Pilihan Kalbu
?

Sehari dua ni aku jadi buntu
Bukan buntu apa, tak tahu nak pilih keje mana
Time xde keje, memang sangap
Once dah dapat offer, sekali datang tak tertepis.

1) Mula2 Atos Origin di Cyberjaya offer keje, suruh masuk 16hb ni
2) Then tadi satu company IT kat Brunei call, YSL Group offer keje,
Depa nak siapkan visa+kereta+rumah utk aku kalau aku accept the offer.

3) CCNA certification akan mula in December.
Atos Origin agreed utk aku ambil CCNA while work with them.
YSL pun sanggup tunggu utk aku complete CCNA then baru fly ke Brunei.

4) Spansion KL, Getronics pun offer keje, tapi aku belum gi amek lagi offer letternya...


Masalahnya apa?
Family la...
Boleh ke kakak2 aku survived kalau jadi apa2 kat depa.
Selama arini, sampai saat ni, aku la focal point depa.
Itu aku, ini aku, pendek kata semuanya aku


Bukan tak ikhlas, tapi kalau aku ke Brunei, apa2 hal bukan boleh baik immediately...
Hajat hati mmg nak pergi
Disini pun dah xde apa2 yg bermakna utk aku
Mak takde
Ayah takde
Xde apa lagi yang nak aku pertahankan disini

Maybe ALLAH nak aku berhijrah agaknya
Ikut jejak Nabi SAW.

Selama ni dok doa nak ikut jejak Nabi SAW
Kini ALLAH dah makbulkan agaknya....



Ya ALLAH
Berikan aku petunjuk...
Engkaulah dzat Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu
Engkaulah dzat Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi
Jika ATOS baik utkku, bawalah aku ke Cyberjaya semula.
Jika Brunei itu lebih baik buminya utk agamaku...
Bawalah aku kesana...



Banggol Ara
Perbukitan
UKAY PERDANA



Wednesday, November 11, 2009

Baru Kini Aku Mengerti...

Jalan Ini Bukan Lurus dan Mudah


Setelah hampir 3 bulan aku xbekerja
Barulah aku mengerti siapa DIA AR ROZZAQ
Selama ini aku menyangka wang gaji yang memberi aku makan

Tapi bila ALLAH takdirkan aku tak bekerja (atas silapku sendiri)
Solat sunat Dhua hampir setiap pagi
Baru aku yakin bahawa bukan wang gaji yang menghidupkan aku selama ni
Tapi DIA AL HAYYU yang menghidupkan aku
DIA AR RAZZAQ yang memberikan aku rezeki setiap hari walaupun tak bekerja
AR RAZZAQ yang memberikan aku rezeki tanpa aku duga
Jalannya berbeza2 setiap hari.

Pergi surau, ada jamuan makan
Pergi jumpa kawan, dibelanja makan
Tiba2 kawan bayar hutang lama padaku...
Berbagai cara ALLAH memberi rezeki pada aku particularly

Baru aku kenal siapa DIA :-
Ar Rahman
Ar Rahim
Al Malik
Ar Rozzaq
Al Hayyu...

Padahal sepanjang aku hidup, aku hanya pantas menyebut nama2NYA tanpa aku benar2 mengimaninya.


Maha Benar ALLAH dalam firmannya :-
Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: "Kami telah tunduk", karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu...
(Al Hujurat: 14)



Ujian Demi Ujian
Waktu tak bekerja
Aku bukan hanya memikirkan tentang diriku
Tapi aku memikirkan org2 disekeliling ku...
Memikirkan orang2 yang telah meninggalkan aku
Nun jauh dibatasan waktu dan zaman
Aku memikirkan janji2 aku tatkala aku menangis semasa ayah dan ibu pergi menemuiNYA.
Aku memikirkan janji2 utk menjadi anak yg soleh

Kesabaran ku diuji
Mehnah, ujian datang bertimpa2
Sehingga dadaku bergoncang
Sesak seperti naik ke langit layaknya

Tatkala itu barulah aku sedar
Siapa sebaik2 PENOLONG
Siapa sebaik2 PENDENGAR segala rintihan dan luahan hatiku
Teman2 GBS atau ALLAH?
Seorang sahabat menghantar sms berbunyi:-

"Teman
Derita jiwamu
Sabarmu
Resahmu
Rindumu
Takutmu
Dibilang oleh ALLAH
Semoga kau tabah hati dalam saat2 sukar ini"

Bila kau letih dan hilang semangat
ALLAH tahu kau telah cuba sedaya upaya
Bila tangisanmu tak berhenti
ALLAH mengira airmatamu
Ketika masa meninggalkanmu
ALLAH sentiasa disisimu
DIA tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat
Bila kau mencuba, tapi tak tahu arah dan tujuan
ALLAH lah penyelesaian
Bila kau merasa semua yang ada didunia ini tak lagi bererti buatmu
Ingatlah ALLAH ada jawapnya
Tungjangi resahmu didada solat
Tutupi kekecewaanmu dengan takwa
ALLAH sentiasa bersamamu...."






Banyak masa ku habiskan merenung diri
Kenapa aku jadi begini?
Tak bekerja
Cari kerja tak dapat2
Hutang semakin banyak
Installment kereta tertunggak 2 bulan
Insuran nyawa tertunggak 4 bulan
Aku rasa seolah2 ALLAH sedang mengajar aku dengan cara yang kasar (akibat salahku sendiri)
Antara celupan manusia dan celupan ALLAH
Celupan siapakah yang lebih baik?


Selama ini aku berjalan
Selama ini aku melihat
Tapi kemana kakiku melangkah?
Apa yang dilihat oleh mataku?
Buta mata tak nampak cahaya
Buta mata hati tak nampak siapa ALLAH..


Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Al Hajj : 46)




Kini...
Syukur aku padaMU Ya ALLAH
Selama ini aku berdoa :-
Aku ingin cintanya ALLAH
Aku mencari cintaMU
Kini kau berikan aku cinta
CINTA Yang Sesungguhnya




Syukran Ya ALLAH

**Perbukitan UK Perdana**

Tuesday, November 3, 2009

Segenggam Tabah



Dalam hidup aku sehari2 sekarang..
Byk sungguh liku2 ujian...
Kdg2 rasa xterdaya menahan...

Baru2 ni motor EX5 aku,
seatnya ditoreh masa aku perking pergi interview kat KTM Komuter UKM...
Bila balik dari KL Sentral, raga motor diisi dgn air kotak yg kosong...
Seat pulak ditoreh, sampai nampak sponge dia..
Sape punya keje ntahla...

Lepas tu tayar kete plak pancit...
xsemena2 ajer...


Roadtax kereta dah mati...
KIMB masih tak idupkan roadtax..
Aku dah malas nak bugging Hj Rashid...

Dan banyak lagi benda yg berlaku padaku..


Ya ALLAH
Berilah aku ketabahan seperti RasulMU SAW
Jika tidak,
Berilah aku,
walau sekadar segenggam tabah...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails