Friday, January 23, 2009

Kita Letih

Dalam mengharungi kehidupan, kita seringkali ‘letih ’.

Kita letih dengan orang yang tak jujur
Kita letih dengan orang yang tak bertanggungjawap
Kita letih dengan orang yang tak berdisiplin
Kita letih dengan orang yang tak adil
Kita letih dengan orang yang tak mahu bekerjasama
Kita letih dengan orang yang selffish...
Siapa lagi?
Sila komen....

Courtesy : Mazidul Akmal Sidek 360 TV3

Wednesday, January 21, 2009

Sapa duk mula memboikot ni?

Sapa duk mula memboikot ni….. habaq mai sat??!!

Permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah diketahui sejak dahulu kala.
Hal ini mereka lakukan kerana khuatir dengan pengaruh dakwah Islam yang akan menghancurkan impian dan rencana jahat mereka.

Seperti dalam dalil ini:-

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.”
(QS 5:82)


Usaha Yahudi dalam menyekat dakwah Islam di peringkat awal perkembangan dakwah
Islam dengan melakukan pemboikotan ekonomi terhadap kaum muslimin ketika awal perkembangan Islam di Madinah. Kaum muslimin ketika itu sangat lemah dalam sektor ekonomi.

Kaum muhajirin datang ke Madinah tidak membawa harta benda dan kaum Ansar yang menolong mereka pun bukanlah peneraju ekonomi di Madinah saat itu.

Oleh kerana itu, orang Yahudi menggunakan kesempatan ini untuk menjauhkan kaum muslimin dari agama mereka dan melakukan boikot ekonomi.

Yahudi peneraju pemboikotan ekonomi dan mengamalkannya sampai sekarang!!!

Sampai sekarang, kalau hangpa nak tahu, US based company memboikot 5 Negara (Iran/Cuba/Korea Utara/Syiria dan Sudan) dibawah undang yg dinamakan World Wide Export Regulations Policy.


**Hangpa ingat dok tayangan video ESQ kisah Nabi Muhammad?
Tiga tahun penuh penderitaan, kena embargoed @ boikot dek Yahudi.
Tiada jual beli dengan org Islam, tiada hubungan diplomatik at all.
Baca seerah/sejarah Nabi Muhammad.
Sape boikot sape? Sape yg mulakan?
Wahai org islam, buka mata hati mu....
Jgn dok buta perut sangat!!!!




Situasi semasa ……..
Di awal tahun 2009 kita digemparkan dengan serangan bertubi-tubi Israel terhadap Gaza. Lebih malang lagi pintu pintu sempadan ditutup rapat dan dikawal kemas oleh Mesir...

Kemanakah mereka (palestinian) hendak meyelamatkan diri…
perkara paling memilukan adalah penentangan org islam sendiri (mesir) berbanding musuh yang nyata iaitu yahudi…
saudara sendiri menikam dari belakang, dimanakah konsep ukhwah dalam agama dan perjuangan?


Apa pendapat anda?
Apa yang mampu kita lakukan…
Mampukah kita ke Gaza dan berperang?...
Mampukah kita infak beribu-ribu ringgit ke Palestin untuk mengurangkan beban mereka?.... Habis tu apakah yg kita mampu?

Kita mampu mengubah persepsi mereka terhadap ISLAM dan mengancam mereka dengan MEMBOIKOT produk Israel dan Amerika.

Ini kerana keuntungan produk-produk ini jelas memberi bantuan terhadap ketenteraan Israel laknatullah.

Umat islam perlu melaksanakan prosedur boikot produk Israel dan Amerika kerana itu adalah selemah-lemah usaha yang mampu kita lakukan…”less is better than nothing”.

Walaupun kita merasakan bahawa usaha memboikot adalah sedikit bagi membantu nasib rakyat Palestine namun Allah menegaskan dalam surah al zalzalah ayat 7 dan 8, bahawa Allah memberi ganjaran bg setiap amal baik walaupun sedikit.

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

(Surah 99:7-8)


Kaedah memahami prosedur boikot
Kita sebagai end user mempunyai kuasa dalam mengawal jual beli dalam pasaran, setiap ringgit yang kita belanjakan akan memberi kesan terhadap ekonomi dan keuntungan syarikat pengeluar.

Cuba anda bayangkan bagaimana satu produk yg output cost adalah RM 1 dijual dipasaran debgan harga RM5 , maka setiap RM1 dari RM5 yg kita belanjakan akan diperoleh syarikat pengeluar.

Maka tidak akan timbul isu benarkan wang kita belanjakan akan sampai ke pihak pengeluar. persoalan ini dijawab dengan mantik ini,

“… katakan ada 3 org masing-masing meletakkan RM10 dalam sebuah bekas, dan digoncong bekas itu.mana satukah wang yg mereka letakkan? Mmg mereka tidak tahu sekirangya tidak menghafal no siri duit tersebut. Tetapi kita tahu bahawa perbuatan dan nilai RM10 memang milik kita ”


“adakah wang yg kita withdraw dari institusi perbankkan adalah sama dan serupa dengan wang yg kita bank in ?, wang mmg tidak sama tapi nilainya disebabkan perbuatan kita bank in mmg jelas milik kita ”


Begitulah juga dengan sumbangan kita terhadap pembelian senjata membunuh penduduk palestin. Sepatutnya tidak timbul kesangsian bahawa wang yg kita belanjakan terhadap produk Israel dan amerika membantu pembunuhan di palestin.kerana ia sangat jelas.

Boikot adalah berdasarkan perbuatan membeli bukannya mengharamkan produk yg halal dimakan @ digunakan. maka produk yg telah dibeli sebelum keluarnya fatwa pengharaman membeli produk tersebut adalah boleh digunakan.


Adakah boikot itu suatu perkara yang melampaui batas??!!

Dalam surah Al Baqarah ayat 190 menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan melampaui batas

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”
(Surah 2:190)

Orang yang melampau batas adalah orang yang menjaga batas(sempadan) diri mereka dan menganggu batas(sempadan) orang lain.persoalannya, adakah kita menjaga batas-batas orang islam selama ini? Terutama di palestin? Tepuk dada Tanya iman anda…..


If God shut one door, He will open another
Memanglah kita merasakan sukar untuk mengelak dari kebanjiran produk dr amerika dan Israel, tp sekiranya kita tekad untuk memboikot maka Allah.SWT akan memberi kita kemudahan seperti dalam surah al insyirah ayat 5-8.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”

(Surah 94:5-8)



Sampai bila??
Ana teringat dengan suatu kata-kata kawan ana “kita dah boikot, kita dah berdemo, abis tu kita nak buat apa lagi”

Adakah kita memboikot disebabkan kempen yg hangat diura-urakan masa kini?
Adakah fatwa pengharaman produk amerika dan Israel yg dikeluarkan mempunyai tarikh luput dan boleh ditarik semula?

Tepuk dada tanya iman anda…………….


Regards,
Mohd Zaid Hassan @ Abdul Rahman
Pengerusi
Karisma Pulau Pinang 2009


Penulis :

Pagi!!!

Org ramai dok bertanya, tiap2 kali kami buat ceramah Palestine bawah JIM,pasal apa kita boikot sana sini??!…

Aku nak bgtahu bahawa Yahudi yg mulakan boikoi moikot ni sejak zaman Rasulullah dulu.

Mcm tertulis dalam sejarah Nabi..

So skrg kita boikot la depa balik.

Pulangkan paku buah keras kat depa.

What you give, you get back…

Itu ajer pointnya..

Nak soh org ramai tahu bahawa boikot ni Yahudi yg mulakan dulu…

Senjata makan tuan syeikh.....


Doaku....

Wednesday, January 14, 2009

Episod Duka dari Jalur GAZA

Untuk Ummi ku Sayang



Assalamu'alaikum wr.wb,

Istimewa :

Ummiku sayang yang menyayangiku sepenuh hati


Ummiku sayang,

Janganlah engkau bersedih atas pemergianku ini,

Satu episode hidup telah ku lalui bersamamu,

walaupun ia nya hanya sebentar,

Engkau telah menyimpanku didalam rahimmu selama 9 bulan,

Hingga aku keluar menatap dunia walaupun hanya sekejap,



Ummiku sayang,

Terima kasih atas segala pengorbanan

Yang telah engkau berikan kepadaku,

Maafkan aku karena tak sempat membalas jasamu di dunia ini,

Ku kan selalu mendoakanmu Ummi ,

Semoga kelak kita kan berjumpa di Surga-Nya,Amin

Yang Benar,

Anakmu sayang (Almarhum)




Monday, January 12, 2009

ESQ Sweet Memories

Belief Start When All The Reasons End...


Itulah kata-kata yang paling sesuai, nothing else melainkan
"Belief Start When All The Reasons End".


This is the best ESQ 165 Leadership Training since saya di ESQkan pada Dec 2007 di Sungai Petani, Angkatan 2 Hicom Honda & kali ke-2 melalui Angkatan 2 MAIPP pada July 2008.


Semalam,
Hari yang paling indah buat ESQ Wilayah Utara
Buat ATS, ada yg menangis saat indah itu...


Antara peserta, ada yg menangis dan melaungkan takbir...
Bukan sekadar tangisan ketika melihat kebesaran ciptaan ALLAH
Bukan sekadar tangisan ketika melihat bagaimana langit ditinggikan, bumi dihamparkan, red rose nebula, tapi lebih dari itu.

Peng ISLAMAN Saudara LEE dan saudara JL TEO oleh Ustaz Hafiz Nordin- Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Tak sangka Ustaz Hafiz Nordin ni pun alumni ESQ.
TAKBIR 3x




Ikuti sesudah saya:-
Tiada Tuhan Yang Berhak Di Sembah Melainkan ALLAH
Aku bersaksi Nabi Muhammad itu utusan ALLAH.

Firman ALLAH:-
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.
Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk,
yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi;
tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.

Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat;
dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.
(QS Ibrahim : 23-27)



Dari kiri - Saudara Chong & Teo



JIM Penang melalui akhi Yusni Ghazali, yg telah mendaftar dan membawa CHONG dan LEE ke ESQ165 Leadership Training.

Saudara Teo di bawa oleh Ustaz Malik-MAIPP


Saudara CHONG dan TEO mengucapkan syahadah selepas zohor kira2 jam 2.45PM.

Saudara LEE telah melafazkan syahadah 2 hari sebelum menghadiri ESQ.

Ustaz Hafiz Nordin menerangkan apa itu Islam, Iman dan Ehsan.

Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu (Muhammad)
sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.
Tangan (kekuasaan) Allah di atas tangan mereka,
maka barang siapa yang melanggar janjinya
niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri
dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah
maka Allah akan memberinya pahala yang besar.
(QS Al Fath : 10)



Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.
(QS An Nashr : 1-3 Alam Nasrah)



Untuk Lee, Chong dan Teo
Selamat datang pada kesejahteraan.
Salam sejahtera atas kalian semuanya.


Inilah Baitul Atiq yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Inilah bahtera besar yang dibina oleh Nabi Nuh
Inilah Darus Salam yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW.
Selamat memasuki Baitul Atiq dan Darus Salam.

Insyallah, kita akan bersama-sama didalam bahtera Nabi Nuh ini mengharungi badai, ombak, gelombang cubaan dunia.
We will never leave you alone....


Semasa kami lunch, Pak Arif bertanya pada saudara Teo,
materi atau part mana yg memberikan kesan yg mendalam pada beliau?
Katanya part Suara Hati yg menyebabkan tsunami dalam hati.

"Semua persoalan saya tentang Islam terjawap dalam training ini", tambah saudara Teo lagi.


Disamping pengISLAMan mereka,
ibu ku, kakak ku, anak saudaraku, Naqibku (Yusni), teman GBSku (Izuan), Dr Shima, Saiful dan kawannya, Aidil, Dr Abdul Rahman, Mrs Khalil, GTU & adiknya + kawannya, staf Amirullah 3 org, all together 13 org yg saya daftarkan secara rasmi jadi ALUMNI ESQ 165 Angkatan 9 - MAIPP.



Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "SALAM"
(QS Ibrahim :23)



Saudara Chong, Lee dan Teo diraikan selepas sessi Katarsis.



ATS bergambar kenangan dengan saudara Chong, Teo dan Lee.





ATS yg tak sedar2 diri,
posing tak ingat dunia.
Mintak ampun semuanya.......!!!

Thursday, January 8, 2009

ESQ again

Training ESQ 165 yang patut kita semua sertainya !


Membawa perserta menjawap persoalan :-

Siapa saya?

Dari mana saya datang?

Ke mana saya akan pergi?

Insyallah itu ada diterangkan dalam ESQ 165 Leadership oleh pada 10-11 Jan 2009.



http://www.pkpu.or.id/f/f_arig.jpg


Alhamdulillah…kali ni nak mengESQkan mak + kakak+anak sedara sorang.

Mohon alumni ESQ doakan semoga 13 org peserta yg saya daftarkan semua dapat taufik+hidayah.


esq




Makna 1 adalah Tauhid, 6 adalah Rukun Iman dan 5 adalah Rukun Islam.

Sehingga lahirlah sebuah nama Emotional and Spritual Quotient (ESQ 165).

Kecerdasan Ary sebenarnya dihasilkan bukan hanya dari akademik, tapi dari pengalaman spritual.

Tidak menghairankan, pola pemikiran beliau selalu diwarnai dengan kebesaran nama Allah.


Saya yakin sesuatu akan diperolehi oleh saya sebagai Ad Daal Ala Khair ( yang memberi idea ke arah kebaikan ) serta mereka yang menyahut seruan tersebut (peserta).


Setakat ini saya difahamkan sudah hampir 700,000 sudah ditarbiyah melalui training ESQ ini. Selama lebih kurang 7 tahun penubuhannya.


Manakala di Malaysia pula ia telah mencecah kurang lebih 20000 peserta yang telah mengikuti training secara langsung sejak setahun lebih bertapak di negara kita.


Apa yang dapat saya katakan ialah sepanjang taining yang tidak diselangi secebis pun perasaan boring kerana ia dikendalikan oleh mereka yang telah mengenali diri dan mempunyai spiritual commitment. Bukan sekadar IQ dan EQ commitment sahaja.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails